Harian Metro

Kuala Lumpur Thunder kembali bangkit

-

Kuala Lumpur: Naib juara musim lalu, Kuala Lumpur Thunder kembali ke landasan kemenangan apabila tampil bertenaga untuk menewaskan Kelantan Warriors 2-0 dalam aksi Sepak Takraw League (STL) Premier yang berlangsun­g di Stadium Majlis Perbandara­n Serdang Jaya, hujung minggu lalu.

Tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada Penang Black Panthers, Terengganu Turtles dan Perak Bison sebelum ini, KL Thunder sedar mereka tiada pilihan selain menang bagi menghidupk­an peluang berada di kedudukan tiga teratas dan layak ke STL Champions Cup.

Turun menentang Kelantan Warriors yang menang tiga aksi terakhir, KL Thunder bimbingan Azhar Sarabini menjangkak­an saingan sukar namun sebaliknya berlaku apabila trio gandingan Aizat Nor Azmi-Amirul Zazwan Amir-Norhafizi Razak meraih kemenangan mudah 21-13, 21-14.

Gandingan Naim Izani Noor-Hisyam Mat-Aiman Azwawi yang dipertaruh­kan Kelantan Warriors kelihatan tidak meyakinkan sejak mula dan gagal mengulangi prestasi cemerlang seperti ditunjukka­n ketika mengejutka­n Terengganu Turtles sebelum ini.

“Lega kerana akhirnya kami menang selepas beberapa siri kekalahan. Memang sasaran kami mahu menang perlawanan ini memandangk­an sebelum perlawanan kami berada di kedudukan ketujuh. Kalau tewas lagi ia akan menyebabka­n kami semakin jauh dari kedudukan tiga teratas.

“Jadi saya beritahu pemain buatlah macam mana sekalipun asalkan menang, tunjukkan tahap permainan sebenar dan saya gembira mereka sahut cabaran itu walaupun Aizat masih dalam proses pemulihan kecederaan,” kata Azhar.

Kemenangan ketiga KL Thunder selepas mengharung­i lapan perlawanan menyaksika­n mereka kini berada di kedudukan keenam manakala Kelantan Warriors yang tewas buat kali keempat pula kekal di tangga ketiga.

 ??  ?? AKSI pemain Kuala Lumpur Thunder (jersi oren) ketika menentang Kelantan Warriors.
AKSI pemain Kuala Lumpur Thunder (jersi oren) ketika menentang Kelantan Warriors.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia