Harian Metro

Tetap waspada

- AFP

Lewis Hamilton tidak mahu terlalu selesa pada perlumbaan hujung minggu ini apatah lagi dia sedang memburu penamat kelima terbaik di Grand Prix (GP) Mexico bagi menjamin gelaran juara dunia keempat buat dirinya sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan pemandu terhebat dalam sejarah Formula Satu (F1).

Reputasiny­a semakin meningkat dari semasa ke semasa dan ia mencapai kemuncak baru apabila Hamilton meraih kemenangan kesembilan musim ini di GP Amerika Syarikat.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengesahka­n pemandunya itu berada di landasan tepat untuk menjadi ‘pemandu terbaik

(gambar)

yang pernah wujud’ manakala veteran Brazil, Felipe Massa yang terlepas gelaran pada 2008 berkata, dia sudah pun berada dalam senarai terhebat di samping Michael Schumacher dan Ayrton Senna.

Satu lagi gelaran akan menjulang namanya mengatasi

 Hamilton tak mahu terlalu selesa pada GP Mexico minggu ini

Jackie Stewart - yang meraih tiga kejuaraan - selaku pemandu British paling berjaya sekali gus meletakkan dirinya dalam senarai pemandu yang pernah meraih empat gelaran selain Alain Prost dan seteru terdekatny­a, Sebastian Vettel.

Schumacher adalah satu-satunya pemandu yang pernah meraih tujuh gelaran manakala Juan Manuel Fangio, lima kejuaraan.

Bagaimanap­un, Hamilton enggan memikirkan mengenai rekod dan berkata, tumpuannya hanya untuk memenangi perlumbaan Ahad ini di hadapan penonton di Autodromo Hermanos Rodriguez.

“Masih berbaki tiga perlumbaan,” kata pemandu berusia 32 tahun itu. “Dalam fikiran saya, saya masih mempunyai tiga perlumbaan untuk dimenangi. Masih banyak mata yang ditawarkan - sehinggala­h kejuaraan sudah terjamin, anda tidak boleh berasa selesa.”

Tumpuannya itu amat jelas apatah lagi dia dan Mercedes sedar dengan cabaran selekoh perlahan dan panjang di Mexico selain suhu yang mungkin lebih memihak buat pasukan seteru, Ferrari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia