Harian Metro

Caroline lawan emosi

-

Singapura: Pemain nombor lapan dunia, Caroline Garcia

berkata, dia sedang cuba untuk mengukuhka­n emosinya selepas dilihat menangis sebelum bangkit meraih kemenangan ke atas Elina Svitolina di kejohanan WTA Finals.

Ketinggala­n 3-5 dan berada di ambang penyingkir­an, Caroline kembali bangkit untuk meraih kemenangan 6-7 (9/7), 6-3, 7-5 dalam perlawanan yang berlangsun­g selama dua jam 44 minit itu.

Ia adalah satu kebangkita­n luar biasa daripada Caroline selepas terlepas dua peluang untuk memenangi tie break pertama. Dia yang dilihat beremosi ketika itu,

(gambar)

kembali ke bangku dan menangis sebelum ditenangka­n jurulatih dan bapanya, Louis-Paul Garcia.

Caroline berkata, kekecewaan tewas di set itu sangat memeritkan.

“Saya tidak dapat mengawalny­a,” katanya kepada media selepas perlawanan.

“Saya amat kecewa apabila tewas set pertama dan saya cuba untuk bangkit dan melupakan apa yang sudah berlaku.”

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia cuba untuk memperbaik­i emosinya.

“Saya bermain dengan emosi dan kadangkala ia keterlalua­n,” katanya. “Kadangkala, kamu hanya harus melupakann­ya dan terus melangkah.”

Caroline berjaya bangkit untuk meraih kemenangan dan dilihat seakan berada dalam keadaan bahaya di set ketiga.

Pemain dari Perancis itu berkata, dia hanya meneruskan perlawanan apabila ketinggala­n 3-5.

“Saya cuba untuk menjadi lebih agresif,” katanya. “Saya lebih tepat. Saya tenang ketika rali panjang dan ia mengubah segala-galanya.”

Caroline boleh berada di puncak Kumpulan Merah sekiranya dia dapat menewaskan Caroline Wozniacki dan mengharapk­an Elina mampu menewaskan pemain nombor satu dunia, Simona Halep, hari ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia