Harian Metro

Tak gentar suasana Girona

-

Madrid: Ketika kerajaan pusat Sepanyol sedang berkira-kira untuk mengenakan peraturan lebih ketat ke atas Catalonia selepas zon berkenaan menghantar memorandum menuntut kemerdekaa­n, Real Madrid terpaksa bertandang ke Girona dalam usaha mengukuhka­n cabaran di La Liga.

Terletak kira-kira 100 kilometer dari Barcelona, Girona adalah antara negeri yang lantang menyokong kemerdekaa­n Catalonia dan dengan pelbagai gerakan protes sedang giat berlangsun­g, sentimen anti-Sepanyol dijangka memenuhi ruang di Stadium Montilivi di mana perlawanan itu berlangsun­g.

Real yang bermain di Fuenlabrad­a pada saingan Piala Raja Sepanyol semalam, sudah mula bangkit daripada persembaha­n hambar dan menduduki tangga ketiga liga selepas menang lima daripada enam perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Jurulatih, Zinedine Zidane

berkata, beliau dan pemainnya tidak akan sesekali gentar atau terganggu dengan suasana di Girona.

“Saya tidak bimbang dengan sambutan warga Girona.

(gambar)

Kami hanya mahu bermain bola sepak dan sudah tentu soal keselamata­n diambil kira. Sama seperti perlawanan lain,” katanya.

“Kami akan menyiapkan diri, sama seperti ketika kami akan mengharung­i perlawanan lain.”

Zidane yang menerima anugerah Jurulatih Terbaik FIFA, berkata, masih banyak lagi yang perlu dia lakukan untuk duduk sebaris dengan jurulatih terhebat dunia yang lain.

“Saya tidak tahu siapakah yang boleh dipanggil jurulatih terhebat ketika ini. Anugerah yang saya terima itu adalah hasil usaha keras pasukan kami,” katanya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia