Harian Metro

Gomez rindu Liga-M

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Mario Gomez menyatakan kesediaan untuk kembali membimbing pasukan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas 10 bulan berehat.

Pengendali kelahiran Argentina berusia 60 tahun itu mengaku rindu dengan kemeriahan bola sepak negara ini dan bersedia untuk mengharung­i cabaran baru.

“Ada kemungkina­n untuk saya kembali ke Malaysia. Ada ejen menghubung­i saya sebelum ini bertanyaka­n mengenai kedudukan saya tapi tidak terlalu serius, bukan mengenai kontrak.

“Setakat ini saya tidak ada berbincang atau berhubung dengan mana-mana pasukan, tapi memang saya berminat untuk kembali melatih pasukan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Gomez sebelum ini membimbing Johor DT selama lebih dua tahun sebelum ditamatkan kontraknya awal tahun ini.

Beliau dianggap antara jurulatih import yang berjaya dalam kancah bola sepak tempatan apabila membantu kelab Harimau Selatan itu merangkul kejuaraan Piala AFC 2015, Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.

Gomez sebelum ini turut menjadi calon pilihan jurulatih Harimau Malaya bagaimanap­un disebabkan sedikit masalah berhubung kontrak, maka Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih jurulatih dari Portugal, Nelo Vingada bagi menggalas tugas itu.

Menurut Gomez, beliau terbuka untuk menerima sebarang tawaran bagaimanap­un mengakui lebih berminat untuk membimbing pasukan Liga Super berbanding Liga Perdana.

“Saya lebih suka kembali ke Malaysia kerana saya sudah berpengala­man di sana. Saya suka dengan suasana, makanan, peminat dan pemain di Malaysia. Tapi, jika diberi pilihan, saya lebih suka mengendali­kan pasukan Liga Super,” kata bekas penolong jurulatih Valencia dan Inter Milan itu. Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak

menyenarai­kan tiga muka baru untuk mengharung­i kempen kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan yang akan bermula pada Selasa hingga 8 November ini.

Tiga pemain itu terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden Kedah, Zhafir Yusoff, K Thivandara­n (Piala Presiden Pulau Pinang) dan Al Imran Abdul Halim (Liga IPT - UiTM).

Ketiga-tiga mereka menggantik­an tempat Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur) dan Awang Faiz Hazziq Awang Fathi (Piala Presiden JDT III) yang digugurkan Hodak.

Daripada senarai 23 pemain yang dikeluarka­n semalam, Hodak turut mengekalka­n 20 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, bulan lalu.

Skuad B-19 negara dijadual berlepas ke Korea Selatan, esok dan akan mengharung­i

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia