Harian Metro

‘Mood final’ dah mai...

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Syafiq tak sabar alami aksi ‘prafinal’ bertemu Johor DT malam esok

Penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad sudah bersedia menggalas tugas pada perlawanan ‘prafinal’ skuad kedua Kedah apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) bagi aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Syafiq berkata, penyokong dan pemain sudah berada dalam ‘mood final’ dan penuh bersemanga­t serta pastinya mengharapk­an Kedah memberi saingan hebat kepada Johor DT di halaman sendiri walau tampil tanpa pemain senior yang direhatkan.

Perlawanan terakhir Liga Super menentang Johor DT juga medan terbaik buat pemain muda Kedah mempamerka­n bakat dan meningkatk­an keyakinan sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia pada 4 November nanti.

“Saya anggap ini peluang untuk pemain skuad kedua Kedah membuktika­n kemampuan mereka tambahan pula beraksi menentang Johor DT yang diketahui kelab terbaik di Liga Super dan mempunyai ramai pemain berbakat.

“Jika saya diturunkan dalam perlawanan itu, saya tetap bersedia untuk menjadi watak pemusnah dan tidak mahu mengecewak­an penyokong Kedah yang mengharapk­an kami mengutip tiga mata di Darul Aman.”

Ditanya mengenai harapan untuk Kedah apabila beraksi pada final Piala Malaysia nanti, dia menyatakan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan hanya pasukan terbaik akan membawa pulang piala berprestij itu.

“Kedah dan Johor DT masing-masing berpeluang... bola itu bulat, namun Kedah mempunyai kelebihan berdasarka­n rekod beraksi di final Piala Malaysia sejak dua tahun lalu dan kami akan turun dengan semangat lebih tinggi kali ini.

“Impian saya memang mahu meraikan kejayaan menjulang piala ketiga bersama Kedah musim ini... selepas berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih di awal musim dan Piala FA pada Mei lalu.

“Saya yakin pengalaman tiga kali beraksi di final Piala Malaysia sejak 2015 selain pengalaman pemain muda beraksi mewakili negara di peringkat antarabang­sa mampu dijadikan modal bagi merealisas­ikan impian Kedah bergelar juara sekali lagi musim ini.”

 ?? Syafiq Ahmad ?? SYAFIQ harap Kedah raih tiga mata berdepan Harimau Selatan di laman sendiri. Jika saya diturunkan dalam perlawanan itu, saya tetap bersedia untuk menjadi watak pemusnah dan tidak mahu mengecewak­an penyokong Kedah”
Syafiq Ahmad SYAFIQ harap Kedah raih tiga mata berdepan Harimau Selatan di laman sendiri. Jika saya diturunkan dalam perlawanan itu, saya tetap bersedia untuk menjadi watak pemusnah dan tidak mahu mengecewak­an penyokong Kedah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia