Harian Metro

Jangan ‘simpan kuku’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Terengganu mahu benam PKNP FC sebagai pelengkap tinggalkan Liga Perdana

Selepas mengesahka­n tempat ke Liga Super musim depan, pemain Terengganu mengaku belum puas sebaliknya bertekad mahu menutup tirai Liga Perdana musim ini dengan noktah kemenangan biarpun sedar akan ditentang sengit Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Perak, malam ini.

Pemain tengah, Shukur Jusoh berkata, kemenangan itu juga penting buat pasukan untuk mengintai trofi Liga Perdana sekiranya pendahulu liga, Kuala Lumpur gagal mengutip mata penuh bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, rakan sepasukann­ya sudah melaungkan keazaman mahu mencatat kemenangan sambil bertekad akan tampil dengan aksi lebih bertenaga kerana ia peluang terbaik buat pasukan untuk memburu kejuaraan liga biarpun dicabar hebat skuad Warga Kota.

“Kami tidak akan ‘simpan kuku’ sebaliknya berusaha untuk sajikan aksi sebaik mungkin bagi memastikan impian pasukan untuk memburu kejuaraan liga tercapai walaupun perlu menanti keputusan skuad Kuala Lumpur,” kata Shukur.

Kelmarin, jurulatih skuad itu, Irfan Bakti

Abu Salim mengingatk­an pemainnya supaya tidak leka sebaliknya perlu menggunaka­n sepenuh tenaga dalam misi mengutip tiga mata bertemu PKNP FC walaupun beraksi di laman lawan apatah lagi pendatang baru Liga Perdana itu pasti tampil dengan impian yang sama.

Irfan juga turut mengingatk­an pemainnya

tidak memikirkan keputusan perlawanan antara pendahulu liga, Kuala Lumpur dengan JDT II kerana baginya skuad Terengganu juga berpeluang untuk muncul

juara liga.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu sedia lebur hasrat PKNP FC lakar kemenangan.
PEMAIN Terengganu sedia lebur hasrat PKNP FC lakar kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia