Harian Metro

Maciel tuntut pemain akhiri kemarau 17 tahun

- Devinder Singh devinder@nst.com.my Rizar Mohd Noor rizar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Fabio Maciel menggesa pemain Kuala Lumpur supaya tidak melepaskan peluang mengakhiri kemarau 17 tahun kejuaraan pada perlawanan terakhir musim, malam ini.

Kuala Lumpur bertandang ke Pasir Gudang untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT II) dan perlu menang bagi mengesahka­n kejuaraan.

Kuala Lumpur kini mempunyai kelebihan perbezaan jaringan ke atas Terengganu di tangga kedua, yang akan bertemu PKNP FC di Ipoh.

Kali terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi ialah Piala Sumbangsih 2000 dan musim ini selepas memenangi 12 daripada 13 perlawanan liga, mereka berpeluang memenangi satu lagi kejuaraan.

“Ia perlawanan yang penting kerana sudah lama Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) enggan memberi laluan mudah buat Kuala Lumpur untuk muncul juara Liga Perdana musim ini apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi terakhir di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, malam ini.

Kuala Lumpur kini berada di tangga teratas liga selepas mengumpul 47 mata dan sudah layak ke saingan Liga Super musim depan dan penentuan kejuaraan pasti menarik apabila mereka bersaing dengan Terengganu Kuala Lumpur tidak memenangi trofi,” kata Maciel yang berjaya mengubah nasib skuad warga kota itu sejak mengambil alih pasukan April lalu.

“Kami mencapai objektif pertama dengan mengesahka­n tempat ke Liga Super tahun depan tetapi kini kami mempunyai satu lagi perlawanan untuk memenangi liga.

“Pada awalnya, saya beritahu pemain yang kita perlu komited untuk berada di tangga teratas dan kemudian baru kita lihat sama ada mampu bersaing untuk kejuaraan. Kami menghormat­i pasukan-pasukan lain tetapi kami sedar apa yang perlu dilakukan sekarang.”

Kuala Lumpur hanya perlu menyamai keputusan Terengganu ke atas PKNP FC untuk muncul juara, tetapi kemenangan di Pasir Gudang akan menutup kemungkina­n lain.

Bagaimanap­un, Kuala Lumpur terpaksa bermain

yang turut mengutip mata sama tetapi dipisahkan perbezaan jaringan.

Pengendali JDT II, Benjamin Mora berkata, pasukannya juga tidak mahu menamatkan saingan liga dengan kekalahan apatah lagi beraksi di laman sendiri dan semestinya kemenangan menjadi idaman.

“Ia bakal menjadi perlawanan menarik dan kami akan turun dengan barisan terkuat kecuali Amir Saidin yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan, namun kelibat pemain import, Jeronimo

Barreles, Samuel Careces dan Nicolas tanpa kelibat pemain tengah dari Argentina, Nicola Dul yang patah pergelanga­n tangan ketika menentang Sabah 26 September lalu.

Zhafri Yahya dijangka berganding­an dengan Naim Nazmi Zainuddin di bahagian tengah dan Ashri Chu Chu menyokong di bahagian sayap.

Penyerang Guilherme De Paula yang meledak 29 gol dalam semua pertanding­an musim ini, hanya memerlukan satu lagi untuk menyamai rekod kelab yang dipegang rakan senegara dari Brazil, Marcelo Padilha Da Rocha yang meledak 30 gol pada 2004.

“Semua pemain sudah bersedia kecuali Dul yang mengalami kecederaan pergelanga­n tangan,” kata Maciel. “Kami datang ke sini (Pasir Gudang) pada Rabu untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan dan melakukan persiapan bagi perlawanan terakhir kami tahun ini.”

Fernandez akan memperkuat­kan pasukan,” kata Mora.

“Sepanjang tempoh rehat, kami menjalani latihan yang cukup intensif malah kami juga mengadakan latihan bersama Johor DT dan ia memberi ruang buat pemain mendapat pendedahan terbaik.

“Sejak saya kembali ke pangkuan JDT II selepas membimbing Johor DT, pasukan itu tidak pernah tewas dan ia amat penting kerana meningkatk­an lagi motivasi setiap pemain dan mereka mahu menamatkan saingan liga dengan pencapaian terbaik untuk berada di kelompok lima pasukan terbaik liga,” katanya.

 ??  ?? BARRELES (kanan) sandaran robek gawang
Kuala Lumpur.
BARRELES (kanan) sandaran robek gawang Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia