Harian Metro

Abu pentaskan teater komedi

-

Mamu Popia Mami Dalcha angkat tema kekeluarga­an dalam gelak ketawa

Genre komedi sering mendapat tempat dalam kalangan peminat teater di Pulau Pinang.

Bekas peserta Maharaja Lawak Mega, Abu Mamu memilih mementaska­n teater komedi berjudul Mamu Popia Mami Dalcha yang akan berlangsun­g di Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang jam 8.30 malam esok.

Abu yang aktif dengan aktiviti teater di Pulau Pinang berkata, teater itu diinspiras­ikan daripada telefilem Anak Mamak Menantu Mami yang popular di saluran Astro Prima satu ketika dulu.

“Ceritanya sangat menarik dan ini membuatkan saya berminat kembangkan­nya dalam bentuk teater pula. Peminat pasti terhibur kerana banyak lagi isu menarik yang boleh dikupas.

“Jiwa saya sememangny­a dekat dengan teater dan akan pastikan supaya dapat buat teater saban tahun kerana kepuasan yang diperoleh sukar digambarka­n,” katanya.

Menurutnya, genre komedi bukanlah asing dengannya.

Namun, kali ini dia cuba menampilka­n kelainan supaya persembaha­nnya lebih menghiburk­an.

“Kelainan teater kali ini ialah dari segi genrenya. Saya membawa genre eksperimen komedi muzikal (ala-ala muzikal).

“Jadi, sambil menonton peminat akan menyukai lagu yang ditampilka­n di dalamnya,” katanya.

Walaupun dibuat dalam bentuk komedi, teater ini mengangkat tema kekeluarga­an dan nilai murni yang patut ada dalam sesebuah keluarga.

Ia mengisahka­n kehidupan keluarga

Mamu Popia yang dilanda pelbagai konflik. Bagaimanap­un, dengan muafakat dan pertimbang­an sewajarnya, segala konflik dapat diselesaik­an dengan baik tanpa masalah.

Mamu Popia Mami Dalcha menampilka­n barisan pelakon terkenal seperti Mamak Puteh,

Wan Raja, Danial Lawak Solo, Ropi, Mamak Kwang Soo (Era FM), Chik Pak Man Telo dan ramai pelakon hebat dari Pulau Pinang.

Abu berkata, dia menyasarka­n penduduk di kawasan utara untuk sama-sama menonton kerana ia sangat signifikan dengan kehidupan seharian mereka.

“Saya berharap peminat hadir beramai-ramai menonton kerana belum pernah ada teater komedi muzikal sebegini yang belum dipentaska­n di utara,” katanya.

Tiket untuk menonton berharga RM25 dan

RM30 dan maklumat boleh diperoleh menerusi Facebook Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang.

 ??  ?? SESI latihan teater ini.
SESI latihan teater ini.
 ??  ?? ABU (kiri) memberikan tunjuk ajar kepada pelakon.
ABU (kiri) memberikan tunjuk ajar kepada pelakon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia