Harian Metro

SARAH TERUS MENCUBA

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tidak pernah putus asa walaupun singlenya kurang mendapat sambutan, penyanyi Sarah Ismail, 30, tetap akan terus mencuba.

Baginya nasib dan rezeki setiap insan berbeza-beza. Oleh itu, tiada alasannya untuk mengalah sebaliknya perlu bersyukur kerana kariernya sebagai guru vokal berkembang baik.

“Saya tidak kecewa karier nyanyian agak sendu. Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni.

“Bukan tiada promosi, malah segala perkara sudah saya dan pengurusan lakukan namun single Percaya masih belum berjaya menawan hati pendengar.

“Mungkin juga kerana genre muzik yang saya bawa. Sebagai penyanyi saya perlu menyanyika­n lagu yang sesuai dengan vokal,” katanya.

Mengulas lanjut kariernya sebagai guru vokal, Sarah yang bakal menamatkan pengajian di universiti pada tahun depan semakin seronok dengan apa yang dilakukann­ya itu.

Tidak hanya menjadi tenaga pengajar, malah sekali sekala dia turut dipanggil menjadi guru vokal untuk beberapa program.

Ini termasuk program dan pertanding­an Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017. Program itu bagi menilai bakat anak muda dalam menyanyika­n lagu patriotik.

“Saya gembira menjadi seorang daripada juri dalam program sebegini kerana jarang lagu patriotik dipertandi­ngkan.

“Harapan saya semoga pertanding­an sebegini lebih banyak diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Pertanding­an Sayembara akan bermula pada 4 dan 5 November ini dan pusingan akhir pada 11 November.

Namun terlebih dulu orang ramai yang berminat perlu mendaftar sebelum 30 Oktober ini atau mendapatka­n maklumat lanjut menerusi laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bersyukur terus diterima dalam industri

sekalipun single kurang sambutan

 ??  ?? Bukan tiada promosi, malah segala perkara sudah saya dan pengurusan lakukan namun single Percaya masih belum berjaya menawan hati pendengar
Bukan tiada promosi, malah segala perkara sudah saya dan pengurusan lakukan namun single Percaya masih belum berjaya menawan hati pendengar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia