Harian Metro

HIBURAN SAMBIL BERDAKWAH

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Karnival di UNISEL babitkan selebriti pernah hiasi program Astro Oasis

Sempena ulang tahun ke-10, Astro Oasis menganjurk­an Karnival Soul Station #SatuDestin­asi di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam selama tiga hari bermula hari ini dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Karnival bertemakan Destinasi Reunion Untuk Semua itu akan menghimpun­kan barisan pendakwah, penyanyi, pengacara dan pelawak terkemuka tanah air yang pernah menghiasi program popular di Astro Oasis.

Antaranya Rabbani, UNIC, Hijjaz, Oki Setiana Dewi, Hafiz Hamidun, Mawi, Atu Zero, Syuk Joras, Mat Dan, Bienda, Liyana Jasmay, Imam Muda Asyraf, Akhil Hayy, Ustaz Amin Idrus, Ustaz Datuk Hassan Mahmud, Ustaz Zulkarnain Hamzah dan PU Amin.

Pengurus Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, ini kali pertama saluran itu menganjurk­an karnival besar-besaran.

“Sempena ulang tahun ke-10 ini, wajar untuk kami menghadiah­kan kepada penonton yang selama ini menyokong. Karnival ini bukan saja menawarkan hiburan semata-mata, malah turut dijadikan platform untuk kami berdakwah dan berkongsi pendapat.

“Saya yakin himpunan nama-nama hebat dan diselangi pula dengan pelbagai aktiviti mampu menarik ramai pengunjung baik dari Selangor serta seluruh negara.

“Kami menyasarka­n 15,000 pengunjung daripada pelbagai peringkat umur. Kami juga berharap pengunjung bukan saja mendapat hiburan semata-mata, tetapi turut membawa pulang ilmu yang bermanfaat,” katanya.

Karnival itu turut membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menambah pendapatan kerana turut disediakan ruang khas untuk mereka berniaga dan mempromosi­kan produk serta perkhidmat­an masingmasi­ng.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung ialah Konsert Reunion, sesi ramah mesra dengan selebriti, pesta aiskrim, Hadi Fayyadh X Teega, forum Vaganza, sembang santai UNISEL, sukan futsal, bola jaring dan senamrobik.

Ini termasuk aktiviti Islamik santai seperti Tazkirah Malam Jumaat, Shah Alam Berselawat dan sketsa ilmiah.

Pengunjung bertuah turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan dengan menyertai peraduan cabutan bertuah yang dianjurkan.

Karnival ini turut mendapat kerjasama UNISEL, KGM Event dan SMART Selangor.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Fuad.
AHMAD Fuad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia