Harian Metro

HARAPAN BESAR AIDILFITRI

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Rancang tayang filem Dubai My Love di luar negara

Selepas genre seram Aku Haus Darahmu tahun lalu, pengarah Aidilfitri Mohamed Yunos, kembali dengan filem romantik Dubai My Love khusus buat penggemar filem tempatan.

Filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd ini mula ditayangka­n di pawagam seluruh negara semalam.

Apa yang menarik, filem ini mempertaru­hkan gandingan pelakon baru seperti Erwin Dawson, Hanna Aqeela dan Putri Najuwa selaku teraju utama.

Ketika ditemui, Aidilfitri mengakui lega filem terbaru arahannya itu akhirnya ditayangka­n di pawagam tanah air.

“Alhamdulil­lah, saya gembira dengan filem ini kerana ia ada kelainan daripada yang pernah dihasilkan sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan filem ini, Aidilfitri berkata, dia percaya filem cinta seperti Dubai My Love tetap ada pengikut tersendiri.

“Selain sinematogr­afi bandar raya Dubai yang memukau, penonton akan terbuai dengan rangkaian lagu yang mengusik jiwa,”katanya

Aidilfitri ditemui pada majlis tayangan filem itu di Mutiara Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi tarikan filem itu, Aidilfitri berkata, Dubai My Love membabitka­n penggambar­an 80 peratus di lokasi menarik sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kerjasama Dubai Tourism.

“Saya bertuah kerana skrip dihantar ke agensi sama yang menilai skrip filem Hollywood, Mission Impossible di sana turut menyukai jalan cerita filem ini.

“Mereka juga memberi permit dan memudahkan penggambar­an filem ini di lokasi menarik dan menjadi tarikan pelancong.

“Antara lokasi yang dipaparkan dalam filem ini ialah Burj Khalifa, Padang Pasir Safari, Atlantis The Palm, The Gold Souk, Dubai Marina dan Pantai Jumeirah,”katanya.

Sebagai kejutan, kata Aidilfitri, dia juga merakamkan dua pengakhira­n yang berbeza untuk filem itu.

“Sebenarnya, barisan pelakon sendiri pun tidak tahu apa penamat cerita ini. Anda perlu ke pawagam untuk mengetahui jawapannya.

“Bagaimanap­un, saya juga puas hati dengan komitmen barisan pelakon, walaupun masih baru, prestasi lakonan mereka mantap dan beri impak pada jalan cerita,” katanya.

TAYANGAN KE LUAR NEGARA

Mengenai soal kutipan pula, Aidilfitri berkata, dia tidak mengharapk­an kutipan di pawagam semata-mata.

“Walaupun bajet filem ini tidak sampai RM1 juta, saya tetap berikan yang terbaik dengan bajet sedia ada.

“Saya tidak harap keuntungan penjualan tiket semata-mata, tapi sebaliknya merancang tayangan filem ini di luar negara seperti di Myanmar.

“Setakat ini sudah ada syarikat penerbanga­n iaitu Emirates berminat menayangka­nnya di dalam pesawat,” katanya.

 ??  ?? Sebenarnya, barisan pelakon sendiri pun tidak tahu apa penamat cerita ini. Anda perlu ke pawagam untuk mengetahui jawapannya ERWIN dan Putri Najuwa bawa watak utama dalam filem ini.
Sebenarnya, barisan pelakon sendiri pun tidak tahu apa penamat cerita ini. Anda perlu ke pawagam untuk mengetahui jawapannya ERWIN dan Putri Najuwa bawa watak utama dalam filem ini.
 ??  ?? AIDILFITRI (kanan) bersama Erwin (kiri), Puteri Najuwa (dua dari kiri) dan penyanyi OST filem Dubai My Love, Nik Qistina pada majlis tayangan filem berkenaan.
AIDILFITRI (kanan) bersama Erwin (kiri), Puteri Najuwa (dua dari kiri) dan penyanyi OST filem Dubai My Love, Nik Qistina pada majlis tayangan filem berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia