Harian Metro

MAISARAH ADA PERANCANGA­N

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Meskipun baru berusia 16 tahun, penyanyi Maisarah Ukulele atau nama sebenarnya Maisarah Mohd Faizal sudah merancang hala tuju karier nyanyianny­a dengan teliti.

Bakal menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan, penyanyi ini berhasrat melebarkan sayapnya ke China.

Namun sebelum itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini perlu memperkasa­kan penguasaan bahasa Mandarin.

Bertuah kariernya diuruskan syarikat OneMuse, Maisarah mengakui bukan mudah mempelajar­i bahasa ketiga kerana perlu fokus terhadap banyak perkara.

“Saya belajar Mandarin daripada penyanyi Meer Nash. Bagaimanap­un, susah untuk saya ingat semula apa yang dipelajari kerana perlu fokus dengan pelajaran dan karier.

“Saya tidak akan berputus asa kerana perlu mempersiap­kan diri dengan ilmu secukupnya sekiranya mahu memasuki pasaran muzik China,” katanya.

Dalam pada rancak melakukan persiapan untuk SPM, penyanyi mahir bermain ukulele ini masih aktif dengan karier nyanyianny­a dan bakal mengeluark­an single serta album

Tekad tembusi pasaran muzik ke China, giat belajar bahasa Mandarin

sulungnya bulan depan.

“Sekarang saya sangat sibuk dan perlu memperlaha­nkan karier bagi mempersiap­kan diri menduduki SPM.

“Buat masa ini, saya tiada masalah bahagi masa dengan karier dan pelajaran. Saya bersyukur ada guru dan rakan kelas yang banyak membantu sekiranya ada program sukar untuk dielakkan,” katanya.

Maisarah kini giat mempromosi­kan lagu ketiganya, Oh Si Kacak yang juga ciptaannya sendiri.

Selain itu, penyanyi yang mempunyai 44,000 pengikut di Instagram ini turut menghasilk­an single Adakah Ini Cinta.

“Sebenarnya, bukan mudah mencipta lagu. Dua single, Adakah Ini Cinta dan Oh Si Kacak dihasilkan tahun lalu, namun hanya dapat diperkenal­kan tahun ini kerana sangat sibuk,” katanya.

Dia sudah merakamkan dua single berkonsep pop berjudul

Tak Mungkin Sendiri ciptaan Royce Sayan pada 2015 dan Prasetia oleh Hazami, Februari lalu.

Maisarah mula minat menyanyi sejak kecil dan mempelajar­i bermain ukulele ketika berusia 13 tahun.

Minat itu timbul selepas melihat rakan sekolah bermain ukulele dan belajar bermain alat muzik itu dari YouTube.

 ??  ?? Buat masa ini, saya tiada masalah bahagi masa antara karier dan pelajaran. Saya bersyukur ada guru dan rakan kelas yang banyak membantu sekiranya ada program sukar untuk dielakkan
Buat masa ini, saya tiada masalah bahagi masa antara karier dan pelajaran. Saya bersyukur ada guru dan rakan kelas yang banyak membantu sekiranya ada program sukar untuk dielakkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia