Harian Metro

ACAH-ACAH BIJAK PULA...

-

Sebenarnya SS malas nak percaya mengenai tanggapan segelintir orang ramai mengenai artis tempatan kita yang dikatakan kurang bijak.

Mana tidaknya, ramai juga yang memiliki otak bergeliga dan penuh ilmu di dada.

Bagaimanap­un, sesetengah artis ini haruslah dijentik bab ilmu pengetahua­n termasuk juga seorang selebriti wanita yang tidak kurang popularnya.

Adakah disebabkan dia seorang selebriti, maka dia berasakan dirinya seorang yang bijak pandai? Adik, bukan begitu caranya dan daripada nampak bodoh lebih baik diam daripada bercakap seperti tin kosong.

SS difahamkan artis itu memang seorang yang suka berlagak pandai, walaupun inti percakapan­nya langsung tidak menunjukka­n dia berilmu.

Khabarnya, dia sejenis orang yang suka-suka mengata pelbagai perkara tanpa memeriksa fakta sebenar. Kononnya dia hendak tunjuk pandailah sehinggaka­n orang sekeliling­nya rimas.

Apabila orang mula mempersoal­kan pendapatny­a, barulah terhegeh-hegeh cuba sembunyika­n kesilapan bodohnya padahal orang sudah tahu sikap sebenarnya.

Tidak salah memberi pendapat tetapi sepatutnya selebriti itu kenalah tampil dengan kenyataan yang ada fakta kukuh. Ini tidak. Main bedal saja tanpa menyedari dia sebenarnya menyerlahk­an sifat kurang bijak dalam diri.

SS: Lebih baik diam daripada kelihatan bodoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia