Harian Metro

RM100,000 naik taraf bangunan

-

Buat permulaan VETMART Parit Baru menjual lebih 20 jenis produk

Beliau berkata, pada asalnya, bangunan ini adalah Pusat Veterinar Kecil (PVK) Parit Baru, yang memberikan perkhidmat­an kerajaan berkaitan penternaka­n.

“Memandangk­an sistem jalan raya yang semakin baik dan kedudukann­ya tidak begitu jauh dari Pejabat Perkhidmat­an Veterinar (PPV) Daerah Sabak Bernam di Sungai Besar maka PVK ini sudah ditutup pada 2006 dan dijadikan kuarters kakitangan saja.

“Pada 2016, bangunan ini dinaik taraf dengan kos RM100,000 untuk dijadikan Pusat Pengumpula­n dan Pemasaran Produk Industri Asas Ternak (IATn).

“Ia diberi nama VETMART kerana JPV Selangor menyewakan bangunan ini kepada operator yang berkelayak­an.

“Operator terbabit akan mengumpulk­an produk daripada usahawan lain untuk membantu memasarkan produk berkenaan dengan komisen yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian VETMART

Parit Baru dan pelancaran buku Direktori Usahawan Ternakan Negeri Selangor 2017 di Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap, Infrastruk­tur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Zaidy Abdul Talib.

Turut hadir, pemilik syarikat MYL Global

Sdn Bhd Mohd Suhaimi Kamaruzama­n yang terpilih sebagai operator pertama VETMART Parit Baru.

Dr Akma berkata, buat permulaan, VETMART ini menjual lebih 20 jenis produk yang terdiri daripada produk sendiri dan produk yang dikumpulka­n daripada pengusaha berasaskan penternaka­n, pertanian dan perikanan.

Sementara itu, Mohd Suhaimi berkata, menerusi VETMART ini, dia juga dapat memasarkan ternakan ayam kampung yang diusahakan sendiri jenama Myladang dengan lebih mudah.

“VETMART ini beroperasi sejak Julai lalu, saya menjual pelbagai jenis makanan dan keperluan harian membabitka­n produk yang dikeluarka­n usahawan Muslim.

“Ia semakin menarik perhatian orang ramai kerana menjadi pusat sehenti kepada pelbagai jenis produk IAT dari seluruh negeri,” katanya. -Mohamad Hussin

 ??  ?? ZAIDY dan Dr Akma bersama kakitangan JPV dan penduduk Parit Baru.
ZAIDY dan Dr Akma bersama kakitangan JPV dan penduduk Parit Baru.
 ??  ?? MOHD Suhaimi menunjukka­n produk ayam kampung jenama MyLadang yang diusahakan­nya.
MOHD Suhaimi menunjukka­n produk ayam kampung jenama MyLadang yang diusahakan­nya.
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Parit Baru, Sabak Bernam yang hadir ke majlis perasmian VETMART.
PENDUDUK Kampung Parit Baru, Sabak Bernam yang hadir ke majlis perasmian VETMART.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia