Harian Metro

TEMPURUNG JADI ARANG

- Nordiana Shafiee rencana@hmetro.com.my

Universiti Utara

Malaysia (UUM) berjaya menghasilk­an arang dari tempurung kelapa menerusi projek Co & Coal sekali gus mengurangk­an lambakan bahan buangan tempurung kelapa yang mencecah 80,000 tan setahun dalam negara.

Pasukan Enactus dari Institut Pembanguna­n Keusahawan­an dan Koperasi (CEDI) UUM itu mendapat idea pada tahun 2014 selepas melihat pembaziran tempurung kelapa di kawasan Kedah lalu memberi inspirasi kepada pasukan berkenaan.

Pengarah projek, Chuang Hui Chang berkata, proses penghasila­n arang kelapa itu mempunyai empat peringkat iaitu proses pemanasan tempurung kelapa, proses pengisaran, proses pembentuka­n dan proses pengeringa­n.

Katanya, bagi proses pertama iaitu pemanasan memerlukan masa kirakira dua jam bagi proses pengkarbon­an dan seterusnya proses pengisaran tempurung bagi dijadikan serbuk arang halus.

“Kemudian proses pembentuka­n menggunaka­n acuan khas apabila serbuk arang akan diadun dengan tepung jagung dan diletakkan dalam acuan selain berakhir dengan proses pengeringa­n dibawah cahaya matahari.

“Co & Coal projek yang berpotensi untuk berkembang maju dan menyasarka­n lebih ramai individu termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendiri­an untuk melabur dalam projek ini.

“Kami juga menjual arang ini pada RM4 sekilogram kepada peniaga sate, pekedai runcit dan restoran yang tidak mempunyai bekalan arang mencukupi bagi perniagaan mereka, malah kini Enactus juga dalam proses muktamad mendapat kontrak pesanan dari Johor Bahru untuk serbuk arang kelapa dan arang kelapa,” katanya.

Chuang yang juga pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelanconga­n itu berkata, tempurung kelapa biasanya dibuang atau dibakar kerana tiada cara pelupusan yang betul, namun melalui inisiatif itu, penduduk luar bandar sekitar Kedah dapat menjana pendapatan sampingan.

“Selain itu, ia dapat mengurangk­an pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa tempurung kerana pembakaran dibuat secara selamat melalui kaedah ‘closed double barrel burning’.

“Seramai 26 ahli Enactus dari pelbagai jurusan ketika itu menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama enam bulan sebelum bergerak secara lebih serius termasuk mendapatka­n khidmat pakar dari Amerika Syarikat dan Australia bagi merealisas­ikan idea ini.

“Projek Co & Coal adalah program di bawah Enactus UUM yang dijalankan organisasi antarabang­sa dengan kerjasama 1,600 institusi pengajian tinggi (IPT) membabitka­n 39 negara bertujuan menggerakk­an pelajar menjalanka­n projek komuniti, selain membina kemahiran tanggungja­wab sosial,” katanya.

Lambakan sisa kelapa cetus ilham warga UUM tukarkan buangan jadi sumber pendapatan

Menurutnya, Co &

Coal memberi fokus kepada pembaziran tempurung kelapa dan bekalan tempurung kelapa itu diterima daripada pembekal santan setempat dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) secara percuma.

“Projek ini juga akan diusulkan kepada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mendapatka­n geran penyelidik­an, inovasi dan pengkomers­ialan,” katanya.

Inovasi itu berjaya menjadi johan pada Academic and Research Exhibition (ACADREX)

2017 yang berlangsun­g di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak, barubaru ini.

Pasukan Enactus telah mengetepik­an 16 pasukan lain dari 10 universiti seluruh negara yang mengambil bahagian dan kemenangan itu membolehka­n Enactus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan geran bernilai RM20,000.

 ??  ?? PASUKAN Enactus UUM menjadi johan ACADREX 2017 menerusi projek Co & Coal yang menghasilk­an arang daripada tempurung.
PASUKAN Enactus UUM menjadi johan ACADREX 2017 menerusi projek Co & Coal yang menghasilk­an arang daripada tempurung.
 ??  ?? TEMPURUNG kelapa dan organik yang disediakan
melalui pembakaran selamat alam sekitar.
TEMPURUNG kelapa dan organik yang disediakan melalui pembakaran selamat alam sekitar.
 ??  ?? ARANG yang dihasilkan
daripada tempurung.
ARANG yang dihasilkan daripada tempurung.
 ??  ?? TEMPURUNG kelapa yang digunakan untuk menghasilk­an arang.
TEMPURUNG kelapa yang digunakan untuk menghasilk­an arang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia