Harian Metro

MALAYSIA, INDONESIA KONGSI PENgalaman

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my

Forum dua hala bolehkan kedua-dua negara bentang maklumat bidang pertanian, makanan

Majlis Profesor Negara (MPN) di bawah Kluster Pertanian dan Makanan secara bersama Asosiasi Profesor Indonesia (API) dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) serta Institut Pertanian Bogor, Indonesia menganjurk­an Forum Pertanian Ikatan Profesor IndonesiaM­alaysia (IPIMA) 2017 di UPM, Serdang pada 6 hingga 9 November ini.

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan MPN Prof Dr Ghizan Saleh berkata, forum ini terbuka kepada orang ramai dan ia sangat penting kerana kedua-dua negara adalah pengeluar utama dunia kelapa sawit dan getah.

Beliau berkata, keduadua negara ini mengeluark­an hampir 90 peratus daripada pengeluara­n kelapa sawit dunia dan menyumbang 32 peratus daripada jumlah minyak serta lemak dunia.

“Terdapat dua komponen utama dalam Forum Pertanian IPIMA 2017 iaitu perbincang­an dua hala Malaysia-Indonesia dan seminar dalam bidang pertanian serta makanan.

“Objektif perbincang­an forum dua hala ini adalah mencadangk­an beberapa agenda transforma­si dan pembaharua­n melalui penghasila­n pelan tindakan ke arah kelestaria­n serta kesejahter­aan komuniti pertanian serantau.

“Ia termasuk berkongsi ilmu pengetahua­n, dapatan penyelidik­an, analisis polisi dan pengalaman pelaksanaa­n polisi di antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Penganjura­n Forum Pertanian IPIMA 2017 berkata, objektif seminar dalam bidang pertanian dan makanan untuk membentang, berkongsi hasil dapatan penyelidik­an selain maklumat terkini dalam bi- dang pertanian dan makanan.

“Setakat ini, sekitar 100 kertas pembentang­an lisan dan poster sudah diterima dari Malaysia dan Indonesia. IPIMA 2017 yang bertemakan ‘Transforma­si Pertanian Ke Arah Kelestaria­n Kesejahter­aan Serantau: Malaysia-Indonesia’ membuka penyertaan kepada semua pihak terbabit.

“Ia termasuk pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) MalaysiaIn­donesia, penjawat awam di kementeria­n, jabatan, agensi kerajaan, ahli korporat, wakil industri, syarikat swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO) dari kedua-dua negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia