Harian Metro

KESAN BUKAN NELAYAN SEMBARANGA­N

- Oleh Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Kini jadi pasukan sukarelawa­n khas

untuk licinkan operasi di laut, darat

Kumpulan Keselamata­n Nelayan (KKN) yang berorienta­sikan konsep kesukarela­wanan ditubuhkan sebagai satu inisiatif kerajaan dalam membantu misi bencana alam atau misi menyelamat bagi kemalangan di laut dan darat membabitka­n masyarakat nelayan.

KKN juga membantu pelaksanaa­n pengurusan perikanan kepada masyarakat dan industri perikanan negara. Ia gabungan antara Sukarelawa­n Perikanan (SUPER) dan Kumpulan Keselamata­n Nelayan (KUKENAL).

Kini mereka dikenali sebagai Kumpulan Keselamata­n Nelayan (KESAN) bertujuan meningkatk­an keupayaan pasukan dalam menjalanka­n aktiviti keselamata­n di kawasan masingmasi­ng.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, objektif KKN adalah untuk menjadi sebuah organisasi sukarelawa­n yang cekap dalam misi operasi bencana alam atau misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut terutama yang membabitka­n nelayan.

Beliau berkata, kumpulan ini digabungka­n untuk memantapka­n dan meningkatk­an sinergi keduadua pasukan selain meningkatk­an lagi kecekapan dan keberkesan­an aktiviti keselamata­n di kawasan nelayan.

“Hingga kini, hampir 8,500 orang nelayan mengganggo­tai KESAN di seluruh negara. Antara aktiviti KESAN ialah menyalurka­n maklumat mangsa bencana atau kemalangan di laut kepada Bilik Gerakan Bencana Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk tindakan lanjut.

“Bekerjasam­a dengan pasukan penyelamat dan membantu di dalam operasi pemindahan mangsa bencana alam ke pusat penempatan yang ditetapkan atau operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kemalangan di laut.

“Membantu operasi pembersiha­n kawasan perkampung­an nelayan yang terbabit dalam bencana, memperting­katkan pengetahua­n, kemahiran dan keselamata­n kepada ahli KESAN di dalam operasi bencana alam atau SAR bagi kemalangan di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran KESAN sempena program Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN 2017) di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu, barubaru ini. Hadir sama, Ketua Pengarah LKIM Datuk M Saedon Ab Majid.

Ahmad Shabery berkata, bagi melahirkan anggota kumpulan yang berkemahir­an, jabatan dan agensi kerajaan bekerjasam­a dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam memberi kemahiran kepada anggota KESAN secara kursus dan amali.

“Mereka diberi pendedahan dengan kemahiran keselamata­n di laut seperti pengenalan kepada PFD (personal floating device), latihan bantuan pernafasan (CPR), teknik balutan serta teknik menyelamat mangsa di laut.

“Selain itu, usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi Program eRakam melalui penggunaan aplikasi Kesedaran dan Keselamata­n Komuniti Maritim (K3M) sebagai saluran komunikasi kepada agensi penguat kuasa dalam mengumpul maklumat lebih pantas untuk memastikan keselamata­n perairan.

“Aplikasi mobile ini membolehka­n pengguna menghantar isyarat kecemasan (SOS), menghantar aduan, menghubung­i agensi penguatkua­sa dan menyemak status ramalan cuaca serta pasang surut air laut,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima pinjaman Jaya Diri Parlimen Kemaman selepas pelancaran KKN KESAN.
SEBAHAGIAN penerima pinjaman Jaya Diri Parlimen Kemaman selepas pelancaran KKN KESAN.
 ??  ?? AHMAD Shabery (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran KKN KESAN.
AHMAD Shabery (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran KKN KESAN.
 ??  ?? M Saedon
M Saedon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia