Harian Metro

2 JAM TANPA HENTI

-

Cipta sejarah dengan penyertaan kira-kira 7,000 peserta

pelbagai lapisan umur tidak hanya remaja tetapi kanak-kanak dan veteran.

“Penganjura­n acara tahunan ini adalah salah satu matlamat kami untuk menyokong kempen #GETACTIVE yang baru dilancarka­n bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat dan Watsons sebagai destinasi membeli produk kesihatan dan kecantikan ideal.

“Selain itu, kami juga mahu menawarkan lebih pendekatan holistik terhadap gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia dengan penyediaan pelbagai produk kesihatan dan kesejahter­aan terbaik di semua cawangan outlet Watsons seluruh negara,” katanya.

Caryn berkata, acara zumba kali ini menampilka­n tiga tenaga pengajar zumba antarabang­sa iaitu

Richard Gormley dari Kanada, Nana (Korea Selatan) dan Henry Cendeno (Amerika Syarikat).

Tidak ketinggala­n tiga ‘zumba jammer’ negara, Deno Au, Alex Phang dan Sunny Cheung yang turut bersama sepanjang acara berlangsun­g.

“Ini adalah acara ikonik jadi kami gunakan ia sebagai platform untuk memberi ganjaran yang tidak dapat dibeli wang ringgit kepada pelanggan setia Watsons dengan membawakan barisan tenaga pengajar zumba bertaraf antarabang­sa.

“Aktiviti sampingan lain seperti cabutan bertuah ketika program berlangsun­g juga diharap memberi kegembiraa­n berganda kepada mereka yang turut serta,” katanya.

Peserta, Nurin

Alina Aiman, 19, mengakui aktiviti itu menyeronok­kan dan membantu mengisi masa terluangny­a pada hujung minggu.

Katanya, jika ada kesempatan, dia mahu menyertain­ya lagi pada tahun depan dan mengajak lebih ramai rakan untuk turut serta.

“Saya tidak aktif bersenam dan sekadar menyertai acara ini untuk suka-suka selain menghabisk­an masa terluang pada hujung minggu.

“Ternyata, penyertaan saya dalam acara ini tidak sia-sia malah sangat menyeronok­kan apabila dapat mengeluark­an peluh dengan berzumba,” katanya.

Seorang lagi peserta, Ikhmal Amal Amri, 21, berkata dia tidak pernah menyertai acara zumba sebelum ini kerana lebih banyak menghabisk­an masa dengan mengambil bahagian dalam kejohanan maraton.

“Satu pengalaman baru buat saya kerana pertama kali menyertai acara sebegini namun ia amat menyeronok­kan.

“Walaupun tidak begitu mahir menari, saya dan rakan lain tetap terhibur apabila dapat berzumba sambil mengikut rentak lagu,” katanya.

 ??  ?? KIRA-KIRA 7,000 peserta menyertai Watsons Move Your Body Zumba 2017 di Sunway Lagoon.
KIRA-KIRA 7,000 peserta menyertai Watsons Move Your Body Zumba 2017 di Sunway Lagoon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia