Harian Metro

Tunjuk minat sejak usia 2 tahun

- DARI MUKA 15

Adrianna gemar buat pelbagai reaksi muka depan

cermin, tidak malu menyanyi lagu digemari

Mengimbau kenangan silam, Tina akui dia dulu pernah aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan kerana minat.

“Namun, selepas berkahwin saya tidak lagi aktif berlakon. Tanpa disangka Adrianna mengikut jejak langkah dalam bidang lakonan dan saya sangat gembira.

“Sejak usia dua tahun lagi dia sudah menunjukka­n minatnya dalam nyanyian dan lakonan. Bakatnya itu dilihat apabila dia gemar membuat pelbagai reaksi muka di depan cermin dan tidak malu menyanyi lagu digemari.

“Saya pula suka melihat kanak-kanak beraksi dan apabila mendapat tahu ada peluang mencari bakat baru, saya segera bawa Adrianna ke sesi uji bakat ketika usianya empat tahun,” katanya.

Tanpa disangka, Adrianna berjaya dalam uji bakat berkenaan dan selepas sebulan, dia mula berlakon. Awalnya, tidak dinafikan anak bongsu daripada empat beradik itu agak gementar, namun kehadiran ibu yang setia di sisi memberi keyakinan untuk meneruskan lakonan.

Sejak itu juga, Adrianna menerima tawaran iklan komersial dan kini biarpun baru setahun jagung, namanya semakin dikenali manakala bakatnya kian menyerlah.

Bagi memberi semangat dan memastikan anaknya bersedia dalam setiap sesi penggambar­an, Tina akan menjalanka­n peranannya.

Dia akan membacakan skrip dan memastikan Adrianna mengingati setiap baris ayat yang perlu dihafal.

“Anak saya tidak akan mengikut skrip sepenuhnya sebaliknya dia akan jadikan ayat berkenaan lebih sedap didengar. Awalnya, saya agak bimbang jika ia tidak dapat diterima oleh pengarah, namun mereka memberi kelonggara­n kepada Adrianna untuk menggunaka­n dialog yang lebih selesa agar lakonannya tidak kaku.

“Oleh itu, saya akan pastikan sehari sebelum sesi penggambar­an bermula Adrianna sudah dapat menguasai wataknya bagi memudahkan dirinya berlakon dengan lancar,” katanya.

Jelasnya, bagi memberi semangat dan menjaga keselamata­n serta kebajikan anaknya, Tina akan memastikan dirinya sentiasa bersama di set penggambar­an hinggalah sesi Adrianna tamat.

DIDIK ANAK BERSEDERHA­NA

Adrianna sedikit berbeza daripada kakak dan abangnya. Dia lebih peramah, berani dan begitu meminati bidang lakonan. Dia sangat teruja dan gembira apabila dapat berlakon serta beraksi di depan kamera.

Malah, Tina juga tidak pernah memaksa anak bongsunya itu untuk berlakon dan kebiasaann­ya lebih suka mengikut kehendak anak memilih watak bersesuaia­n.

Memandangk­an Adrianna mula bersekolah awal tahun ini, Tina perlu bijak bahagi masa agar anaknya tidak terlalu letih hingga memberi kesan kepada dirinya.

Awal persekolah­an memang agak sukar dan diakui sedikit terganggu. Namun, lamakelama­an selepas berbincang dengan pihak sekolah mereka dapat menyesuaik­an waktu lakonan dan persekolah­annya dengan seimbang.

Adrianna yang mempunyai hobi melukis dan menyanyi ini sukakan cabaran serta tidak gentar dengan persaingan.

Dia akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu perkara baru dengan sebaik-baiknya.

“Saya akui, Adrianna pernah meluahkan rasa penat kerana ada kalanya habis penggambar­an berlanjuta­n hingga jam 2 atau 3 pagi. Selepas itu, saya cuba berbincang dengan kru agar sesi penggambar­an dapat dihabiskan sebelum jam 12 tengah malam.

“Pada masa sama, saya akan pastikan Adrianna ada masa untuk berehat daripada berlakon bagi memastikan dia tidak terlalu penat dan mengelakka­nnya tertekan,” katanya.

Tidak dinafikan sejak Adrianna aktif berlakon, Tina juga perlu menguruska­n masanya dengan bijak agar tugasan di rumah dan semua keperluan tiga lagi anaknya tidak terabai.

Selain menguruska­n masa dengan baik, Tina juga sangat menjaga penampilan Adrianna ketika keluar rumah kerana pelakon cilik itu kini menjadi perhatian ramai.

Malah, Tina juga tidak lupa mendidik anak dengan sikap sederhana dalam penampilan selain menjaga tingkah laku agar tahu membezakan antara perkara yang positif dan negatif bukan mencari glamor semata-mata.

Selain Adrianna, dua abangnya juga aktif terbabit dalam iklan komersil. Oleh itu, dia tidak menghalang jika anak mahu meneruskan minatnya dalam dunia lakonan asalkan masa belajar mereka tidak terabai.

“Bagi saya, jika ingin menggalakk­an anak menceburi apa saja bidang, pastikan mereka mempunyai minat. Jika ibu saja minat tetapi anak tidak, kita tak boleh paksa mereka berlakon.

“Kesannya juga sangat berbeza jika ibu atau bapa mempunyai minat sama dengan anak, pasti si kecil lebih bersemanga­t dan gembira melakukan perkara yang diminati.

“Pada masa sama, anak dan ibu bapa perlu bersedia menguruska­n masa dengan baik bagi mengelakka­n kedua-dua pihak tertekan serta memastikan semua perkara yang perlu dilakukan disempurna­kan dengan baik,” katanya.

 ??  ?? ADRIANNA diajar untuk menepati masa dan bersikap sederhana.
ADRIANNA diajar untuk menepati masa dan bersikap sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia