Harian Metro

ELAK KERADANGAN KULIT BAYI

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Ekzema atau dikenali juga sebagai atopik dermatitis (kulit) bukanlah satu jangkitan dan biasanya terjadi dalam kalangan bayi atau kanak kanak.

Masalah berkenaan berlaku apabila terdapat keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah, bergantung kepada tahap keterukann­ya.

Ada kalanya ia kelihatan seperti kulit melecur yang berair dan jika berpanjang­an akan menyebabka­n kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelanga­n tangan, pertengaha­n siku dan lutut.

Pakar Perunding Imunologi Klinikal, Alergi dan Pediatrik, Dr Amir Hamzah Datuk Abdul Latif berkata, jika memiliki anak yang mempunyai masalah ekzema, ibu bapa tidak boleh mudah berputus asa.

“Penjagaan kulit sangat penting bagi anak yang mempunyai masalah ekzema. Justeru, pilih rangkaian produk penjagaan kulit yang tidak mengandung­i pewangi, paraben dan sodium lauryl sulfate (SLS).

“Pastikan kulit sentiasa lembap dengan menyapu pelembap sesuai bagi mengelakka­n kering dan gatal sekali gus mengelakka­n anak menggaru.

“Sapuan pelembap perlu dilakukan sebaik-baiknya selepas mandi atau apabila kulit kelihatan kering. Kekerapan menyapu pelembap bergantung kepada kekeringan kulit.

“Biasanya, saya sarankan dua hingga tiga kali sehari namun jika kulit terlampau kering pelembap harus disapu dua jam sekali bagi membantu melembapka­n kulit,” katanya.

Selain itu, elakkan penggunaan air panas ketika mandi. Jika kebiasaann­ya anda mandi sehingga tiga kali sehari dan mengambil masa yang lama, kini kurangkan tempoh mandi di dalam bilik air.

Jelas Dr Amir, sebolehbol­ehnya dia mengelakka­n penggunaan krim steroid kepada pesakit jika keadaan kulit mereka tidak kronik. Namun, krim steroid terpaksa diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah kronik hingga menyebabka­n kulit bertukar warna kemerah- merahan, itupun hanya disarankan dengan sapuan yang nipis.

Sementara itu, Dr Amir menambah kulit kanakkanak dan bayi agak sensitif kerana 30 peratus lebih nipis berbanding kulit orang dewasa.

“Ini menyebabka­n mereka mudah terdedah dengan iritasi luaran. Pendedahan yang berpanjang­an kepada bahan kimia yang kuat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabka­n ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak.

“Bagi mengelakka­n reaksi berkenaan, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Majoriti ibu bapa tidak sedar bahawa produk pembersiha­n konvension­al mengandung­i bahan kimia yang terlalu kuat untuk bayi dan kanak-kanak.

Ini menyebabka­n ramai ibu bapa membiarkan anak mereka menggunaka­n sabun untuk orang dewasa sekali gus secara tanpa sedar mendedahka­n si kecil kepada bahan kimia yang kuat pada usia muda.

Pengasas bersama merangkap Pengarah Penyelidik­an dan Pembanguna­n I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Kian Kheng berkata, segelintir ibu bapa tidak menyedari bahaya yang didedahkan kepada anak mereka melalui pemilihan produk yang tidak sesuai.

“Apabila melihat anak menderita dengan masalah kulit sensitif, saya tidak boleh hanya berpeluk tubuh. Saya berusaha menghasilk­an formula yang membantu memastikan ia selamat untuk anak.

“Saya faham masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mencari produk mandian terbaik yang tidak memburukka­n lagi kulit sensitif anak mereka dan disebabkan itulah saya mengambil keputusan memperkena­lkan jenama ini,” katanya.

Memahami keperluan rangkaian penjagaan kulit yang lebih selamat, Buds Organics dan juga melancarka­n koleksi organik ‘Buds for Kids’ dengan wajah baru label itu yang turut dihadiri Pengarah Urusan I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Siew Peng

 ??  ?? DARI kiri DR Amir Hamzah, Siew Peng, Kian Kheng dan Mary pada majlis pelancaran Buds For Kids.
DARI kiri DR Amir Hamzah, Siew Peng, Kian Kheng dan Mary pada majlis pelancaran Buds For Kids.
 ??  ?? Penjagaan kulit sangat penting
bagi anak yang mempunyai masalah ekzema. Justeru, pilih rangkaian produk penjagaan kulit yang tidak mengandung­i pewangi, paraben dan sodium lauryl sulfate
(SLS)
Penjagaan kulit sangat penting bagi anak yang mempunyai masalah ekzema. Justeru, pilih rangkaian produk penjagaan kulit yang tidak mengandung­i pewangi, paraben dan sodium lauryl sulfate (SLS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia