Harian Metro

Sajian unik setiap sabtu

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

Hotel Ixora Prai bukan saja menawarkan bufet Makanan Laut dan Barbeku (BBQ) dengan harga berpatutan pada setiap Sabtu, malah hidangan istimewa dan unik itu boleh digelar ‘The Best Seafood and BBQ In Town’.

Cef Eksekutif Beh Aik Aun berkata, lapan jenis makanan laut dan sembilan jenis barbeku disediakan bagi memenuhi selera pengunjung dengan harga RM78 untuk dewasa, manakala RM48 untuk kanak-kanak (empat hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas).

Lapan jenis makanan laut iaitu ‘Seafood On Ice’ terdiri daripada kekapis Hokkaido, kekapis besar On rou, Yabbies, udang putih, kupang hitam dan hijau, tiram dan ketam bunga disediakan buat pilihan cita rasa pengunjung.

“Pengunjung perlu cuba merasai ‘Slipper Lobster Baked Cheese’ yang berkrim, berlemak bersama hirisan limau nipis yang lazat dan cukup enak. Malah, ada pelanggan menikmatin­ya berulang kali.

“Manakala sembilan jenis BBQ Grilled antaranya seperti ayam, kambing, lembu, sosej, ikan salmon, tuna merah dan lain-lain lagi pasti memberi keterujaan dalam menikmati setiap hidangan itu,” katanya.

Beh berkata, bufet berkenaan dilancarka­n sejak Mac lalu itu dan ditawarkan kepada pengunjung pada setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 10 malam di The Straits Cafe & Lounge.

Beliau berkata, selain itu, tujuh hidangan utama membabitka­n menu masakan Barat, Cina dan Melayu antaranya seperti nasi, mi, daging itik, rendang, sambal serta banyak lagi turut disediakan.

“Di samping itu, ‘Gerai Aksi’ turut disediakan bagi

Bufet istimewa

di Hotel Ixora Prai dilancarka­n sejak Mac

lalu

memperliha­tkan aneka jenis makanan pilihan tempatan seperti laksa, mi kari dan mi udang dimasak panas panas selain minuman teh tarik dan Nescafe tarik yang menjadi kegemaran pengunjung.

“Sebanyak 15 pencuci mulut pasti membangkit­kan rasa kepuasan kepada setiap pengunjung selain keenakan dua jenis sup iaitu sup cendawan, sup ginseng ayam selain sayuran masin bersama sup itik dan semuanya pasti berbaloi dinikmati pada harga RM78,” katanya.

Beh berkata, selain bufet Makanan Laut dan Barbeku (BBQ) itu, pihaknya turut menawarkan bufet hidangan tengah hari (sajian Peranakan) pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang pada harga RM45 untuk dewasa, RM28 untuk kanak-kanak dan warga emas.

“Menu ‘Halloween Afternoon Tea Set’ dengan harga RM65 setiap hidangan set untuk dua orang disediakan setiap hari bermula jam 3 hingga 6 petang manakala Kek Bulan Ini iaitu Kek Rasberi Coklat Putih hanya berharga RM12,” katanya.

 ??  ?? BARISAN cef menunjukka­n pelbagai menu yang disediakan dalam bufet Makanan Laut dan Barbeku (BBQ).
BARISAN cef menunjukka­n pelbagai menu yang disediakan dalam bufet Makanan Laut dan Barbeku (BBQ).
 ??  ?? MENU udang karang kecil dalam ‘Seafood On Ice’.
MENU udang karang kecil dalam ‘Seafood On Ice’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia