Harian Metro

Gabung keistimewa­an perisa Thai

-

Sentiasa menambat hati pelanggan dengan pelbagai inovasi enak,

KFC Malaysia kini kembali untuk memperkena­lkan sensasi rasa terbaru yang pasti memenuhi selera penggemarn­ya.

Hidangan promosi masa terhad, KFC Spicy Sawadee Crunch membawakan gabungan harmoni dengan cita rasa Thai sebenar, hanya daripada RM13.50.

Hidangan baru ini menyajikan keistimewa­an perisa Thai yang digabung dengan kepakaran KFC. Ayam empuk diperap dengan adunan Hot &

Spicy KFC, disalut dengan campuran herba dan rempah Thai sebenar serta digoreng hingga keemasan, pasti menjanjika­n pengalaman istimewa dengan keenakan seperti berada di Thailand.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, pengaruh Thai sudah sebati dengan cita rasa tempatan. Apa yang digemari rakyat Malaysia mengenai masakan Thai ialah kesegaran bahannya serta keseimbang­an rasa antara pedas dan masam.

“Kami sentiasa berusaha untuk menambat hati pelanggan. Untuk itu, kami gabungkan sentuhan manis, masam dan pedas bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai, khusus buat pencinta KFC dan makanan Thai di luar sana.

“Selera ramai menjadi keutamaan dalam penyediaan ayam goreng KFC. Kami mengambil kira apa yang mereka cuka dan menyuntik elemen inovasi ke dalam menu bagi memenuhi permintaan mereka.

“Kami percaya rakyat Malaysia akan menggemari KFC Spicy Sawadee Crunch ini,” katanya.

KFC Spicy Sawadee Crunch boleh didapati dalam kombo dua dan tiga ketul ayam. Keduadua kombo didatangka­n bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw dan kentang putar serta minuman Lipton Ice Tea yang menyegarka­n.

Hidangan enak ini boleh didapati di setiap restoran

KFC seluruh

Malaysia bermula 10 Oktober lalu, sementara stok masih ada!

 ??  ?? HIDANGAN terhad KFC Spicy Sawadee Crunch.
HIDANGAN terhad KFC Spicy Sawadee Crunch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia