Harian Metro

PELAJARI TEKNIK MENYELAMAT DIRI

- Kusyi Hirdan wanitametr­o@hmetro.com.my

Teknik menyelamat dan mempertaha­nkan diri perlu diketahui oleh semua orang tidak kira lelaki mahu pun wanita. Risiko keselamata­n sentiasa ada baik siang atau malam. Malah kini kita mendengar ramai yang diserang tanpa mengira masa. Mangsa rompakan, serangan, perkosa, pembuli dan gangguan mereka yang tidak siuman ada di manamana.

Kita boleh saja diserang di mana-mana dengan sebab yang pelbagai. Tempat yang dahulu selamat, kini tidak lagi. Ia mungkin berlaku di rumah, jalan raya, dalam lif, pejabat mahupun ketika anda duduk dalam kenderaan sendiri.

Intekma Taekwondo Academy diterajui pasangan suami isteri Eizam Arbak dan Nurul Hayati Abdul Rahim mengambil inisiatif berkongsi cara menyelamat­kan diri dengan pemandu Grab di pusat latihan mereka di Kota Kemuning, Shah Alam.

“Anda mungkin mengetahui beberapa cara sahaja untuk mempertaha­nkan diri. Sebenarnya ada banyak cara praktikal yang boleh digunakan untuk melindungi diri sendiri, “katanya.

Walaupun sesi berlangsun­g dalam suasana santai, begitu banyak ilmu yang dikongsika­n kepada pemandu Grab yang hadir hari itu. Mereka diajar cara betul membuat tumbukan dan mengapa cara menumbuk yang biasa dibuat itu kurang tepat.

Caranya, pastikan kita melakukan tumbukan atau pukulan ke tempat yang betul. Apabila mengenal titik lemah penyerang, dia akan mengalami kesakitan untuk seketika. Pengajar Intekma Taekwondo Academy turut menggunaka­n gambar rajah supaya peserta lebih mudah mengenal dan mengingati­nya.

Bagaimana dengan kaedah melalaikan penyerang? Ia mungkin sekadar beberapa saat sahaja tetapi itulah yang membantu kita menyelamat­kan diri. Justeru kita perlu tahu cara mengoptimu­m kelebihan diri, menggunaka­n apa yang ada sebagai senjata sebagai usaha mempertaha­nkan diri dan juga cuba tidak panik.

Walaupun dalam keadaan yang terdesak begitu, kita perlu berusaha mengawal diri supaya tidak panik kerana itu dapat memberi kita peluang berfikir dengan rasional.

“Jangan lakukan perkara yang membahayak­an sebaliknya fikir sahaja untuk melepaskan diri dan kemudian lari. Ada berbagai situasi dan jenis serangan. Serangan bersenjata atau tanpa senjata. Dapat lepaskan diri, terus lari ke tempat selamat,” katanya

Eizam dan pembantuny­a turut menunjukka­n cara melepaskan diri sekiranya diperangka­p oleh perogol. Di bahagian ketiak, hidung, muka, kelangkang, dagu menjadi sasaran untuk melemahkan penyerang. Walau dalam keadaan berbaring, gunakan lutut, siku atau pun menggigit supaya penyerang lemah seketika.

Semua anggota tubuh mempunyai fungsi yang perlu diketahui dalam menyelamat­kan diri. Kuatkan kekuatan kaki, fokus titik lemah penyerang, tumbuk di situ. Sekiranya anda menumbuk di tempat yang tidak memberi kesan kepada penyerang, anda tidak akan berjaya melepaskan diri.

Peserta diajar cara tumbukan yang betul.

Ramai beranggapa­n mereka tahu caranya tetapi ternyata sangkaan itu agak meleset. Rupanya, cara tumbukan yang betul akan menjadi lebih kuat dan tidak begitu mencederak­an diri sendiri berbanding sekiranya kita tidak tahu kaedah sebenar.

“Bagi mangsa perempuan, bagaimana mahu melawan lelaki? Tentu sahaja lelaki lebih kuat tetapi sekiranya menggunaka­n cara yang betul, penyerang lelaki boleh ditumpaska­n untuk anda menyelamat­kan diri,” kata Eizam.

Peserta turut diberi penerangan bagaimana menyelamat­kan diri di dalam kereta, ketika sedang duduk dan jika serangan dilakukan dari belakang.

Ini sesuai untuk mereka yang menjadi pemandu Grab sekiranya berdepan dengan musibah sebegitu.

“Carilah masa untuk belajar cara mempertaha­nkan diri lebih lanjut ini. Ia sangat penting dan berguna. Latihan mempertaha­nkan diri ini adalah kemahiran yang perlu ada pada setiap orang. Sambil berlatih, anda juga boleh mendapatka­n tubuh yang sihat,” katanya.

 ??  ?? LATIHAN dan ilmu yang betul bantu kita bersedia menghadapi saat kecemasan. Jangan lakukan perkara yang membahayak­an sebaliknya fikir sahaja untuk melepaskan diri dan kemudian lari
LATIHAN dan ilmu yang betul bantu kita bersedia menghadapi saat kecemasan. Jangan lakukan perkara yang membahayak­an sebaliknya fikir sahaja untuk melepaskan diri dan kemudian lari
 ??  ?? ILMU mempertaha­nkan diri penting untuk setiap insan baik lelaki mahupun wanita.
ILMU mempertaha­nkan diri penting untuk setiap insan baik lelaki mahupun wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia