Harian Metro

HIASAN UNIK FABRIK FELT

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my Bahan

Cara mudah hasilkan roti sosej hiasan untuk si kreatif

Fabrik felt boleh digunakan untuk menghasilk­an pelbagai hiasan menarik jika kita kreatif dan bijak bermain dengan warna serta imaginasi. Menghasilk­an hiasan felt boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang yang menarik dan merangsang minda.

Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai terapi ketika tertekan ataupun menggalakk­an anak melakukan bersama sebagai cara mendedahka­n mereka dengan aktiviti kreatif dan bermanfaat.

Bagi anda yang masih mencari aktiviti menarik membabitka­n fabrik felt, boleh mencuba untuk mengikut langkah demi langkah membuat roti sosej hiasan di bawah.

Menurut Pengasas Ayuny Nadhirah Craft, Ayuny Nadirah Mohamad Yusof, produk kain felt berbentuk makanan mempunyai banyak kegunaan sama ada sekadar hiasan atau dijadikan sebagai tempat mencucuk jarum peniti dan jarum jahit.

“Bagi menghasilk­an roti sosej yang menarik, empat warna kain felt diperlukan dan dipotong mengikut saiz berbeza. Selain itu, penggunaan fiber juga sangat penting bagi memastikan hiasan felt tampak menarik.

“Ketika mengisi fiber ke dalam kain felt untuk membentuk roti, pastikan ia tidak terlalu padat bagi mengelakka­n ia kelihatan terlebih kembung dan tidak menarik.

“Namun, untuk bahagian sosej, fiber perlu diisi dengan padat bagi mendapatka­n bentuk yang sempurna. Selain roti sosej, pelbagai kraf menarik boleh dihasilkan menggunaka­n fabrik felt seperti bantal dan bekas tisu,” katanya.

Benang (warna mengikut pilihan)

Gam

Gunting

Kain felt (empat warna dan saiz berlainan)

Fiber

 ??  ?? 2. DUA helai kain felt berukuran
12.7cm x 12.7cm dicantumka­n untuk membuat roti. Jahit jelujur di bahagian tengah kain manakala bahagian tepi menggunaka­n jahitan insang pari.
3. MASUKKAN fiber di bahagian kiri dan kanan kain. Kemudian, tutup dengan...
2. DUA helai kain felt berukuran 12.7cm x 12.7cm dicantumka­n untuk membuat roti. Jahit jelujur di bahagian tengah kain manakala bahagian tepi menggunaka­n jahitan insang pari. 3. MASUKKAN fiber di bahagian kiri dan kanan kain. Kemudian, tutup dengan...
 ??  ??
 ??  ?? 1. SEDIAKAN bahan diperlukan.
1. SEDIAKAN bahan diperlukan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AYUNY Nadhirah
AYUNY Nadhirah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia