Harian Metro

P GILA TEBUK KUBUR

- Mohd.rizal@hmetro.com.my

olis masih menjalanka­n siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan pusara di tanah perkuburan bukan Islam di Riam di sini, yang tular di laman sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim

Meng Seah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki lingkungan 40an mengenai kejadian itu.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa satu daripada pusara ahli keluargany­a di tanah perkuburan itu dikorek individu tidak dikenali.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku sejak dua minggu lalu.

“Polis sudah ke tanah perkuburan itu dan mendapati lima pusara lain turut dirosakkan.

“Keluarga kepada si mati yang membuat laporan memberitah­u tiada barang berharga disimpan dalam pusara berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggun­gjawab melakukan perbuatan itu.

“Polis tidak menolak kemungkina­n perbuatan itu dilakukan bagi mencari barang berharga yang ditanam bersama mayat di tanah perkuburan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Kelmarin, beberapa gambar tular di laman sosial menunjukka­n beberapa pusara di kawasan itu ‘ditebuk’ hingga menimbulka­n kemarahan orang ramai terutama waris.

Waris bengang perbuatan khianat individu di pusara ahli keluarga sejak dua minggu lalu

 ??  ?? KUBUR yang ditebuk individu tidak dikenali.
KUBUR yang ditebuk individu tidak dikenali.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia