Harian Metro

Gempar mayat lelaki tergantung pada pokok

-

Sandakan: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada pokok di kawasan hutan berdekatan Bandar Utama, Batu 6 dekat sini, kelmarin.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitiny­a tetapi dipercayai warga tempatan berdasarka­n kesan suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) itu ditemui kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Malah, gambar kejadian itu turut tular di media sosial selain mengejutka­n orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd

Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menemui lelaki tergantung pada pokok di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaa­n dan sebaik tiba menemui mayat seorang lelaki tergantung pada pokok dengan tali pada lehernya.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu lengkap berpakaian baju-T hijau dan seluar jean biru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n pada badan lelaki itu tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan dan dokumen pengenalan diri.

“Setakat ini, tidak ada sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya..

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa keluar mayat lelaki ditemui tergantung pada pokok di kawasan hutan berdekatan Bandar Utama, Batu 6, di Sandakan.
ANGGOTA polis membawa keluar mayat lelaki ditemui tergantung pada pokok di kawasan hutan berdekatan Bandar Utama, Batu 6, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia