Harian Metro

Sepakat dalam pilu

-

 450 individu daripada dua rumah panjang hilang tempat tinggal

“Sekalipun pasrah kehilangan tempat tinggal, kebanyakan penduduk tenang, malah membantu melancarka­n operasi bomba memadam kebakaran,” kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong.

Dalam kejadian jam 4.10 petang kelmarin, dua rumah panjang dihuni 450 individu daripada 76 keluarga musnah di Sibuti, dekat sini.

Beliau berkata, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Entulang tiba, penduduk bekerjasam­a menyelamat­kan penduduk lain terutama pesakit lumpuh dan orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, selepas saling membantu menyelamat­kan penduduk lain, mereka kemudian berkumpul di satu tempat secara teratur menunggu kehadiran bomba.

“Operasi memadam kebakaran ini antara operasi paling lancar pernah kami jalankan kerana semua penghuni memberikan kerjasama dengan baik, malah membantu bomba.

“Meskipun bersedih kehilangan tempat berteduh, kebanyakan penghuni begitu tenang dan tidak kelam-kabut. Keadaan sangat terkawal,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan jam 4.16 petang berhubung kejadian dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak 81 kilometer dari bandar raya ini.

“Kebakaran dikawal jam 5.17 petang manakala empat rumah berhampira­n kawasan itu diselamatk­an.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan penghuni ditempatka­n sementara di Dewan Ladang Tiga, di sini, manakala sebilangan lagi menumpang di rumah saudara-mara.

“Setakat ini, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya

 ??  ?? KEBAKARAN membabitka­n rumah panjang di Sibuti, Miri. Gambar kecil, penghuni rumah panjang ditempatka­n di Dewan Ladang Tiga buat sementara waktu.
KEBAKARAN membabitka­n rumah panjang di Sibuti, Miri. Gambar kecil, penghuni rumah panjang ditempatka­n di Dewan Ladang Tiga buat sementara waktu.
 ??  ??
 ?? FOTO: IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ??
FOTO: IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia