Harian Metro

Kebas duit rakan beli dadah

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Penjawat awam wanita terdesak selepas baru ditahan miliki bahan terlarang dua minggu lalu

Seorang penjawat awam wanita yang ditahan kerana memiliki dadah dua minggu lalu bagaikan tidak pernah serik melakukan jenayah apabila sekali lagi ditahan kerana mencuri dompet milik rakan sekerja di pekan ini, Isnin lalu.

Suspek yang berusia 34 tahun ditahan polis di pekarangan sebuah klinik kesihatan di daerah ini, jam 11 pagi selepas menerima aduan mangsa.

Suspek dipercayai terdesak menyebabka­nnya mengambil jalan mudah dengan mencuri mendapatka­n wang membeli dadah sebelum wang berkenaan diserahkan kepada teman lelakinya yang berusia 25 tahun.

Sumber berkata, kehilangan dompet mengandung­i wang tunai RM600, kad bank selain pelbagai dokumen pengenalan diri itu disedari mangsa yang berusia 28 tahun di pejabatnya jam 8 pagi.

Menurutnya, mangsa membuat aduan di Balai Polis Kapit sebelum suspek ditangkap tiga jam kemudian.

“Suspek mulanya terkejut selepas didatangi polis di sebuah klinik kesihatan dan selepas disoal siasat, wanita itu mengaku mencuri dompet mangsa dan wangnya diserahkan kepada teman lelakinya yang turut ditahan tidak lama kemudian. “Polis menemui wang tunai RM300 daripada lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superinten­dan Freddy Bian ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

Menurutnya, suspek wanita ditahan polis dua minggu lalu kerana kesalahan memiliki dadah dan ujian saringan air kencing mendapati pasangan kekasih itu positif syabu dan amphetamin­e.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia