Harian Metro

Pusat hiburan tanpa lesen diserbu

-

Penampang: Tindakan dua lelaki tempatan mengusahak­an pusat hiburan tanpa lesen dan menggaji pekerja asing membawa padah apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Bundusan Square dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

Dalam serbuan itu, seramai 19 warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pusat hiburan menggaji pekerja asing di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n di premis itu, kita menahan 16 wanita berusia 20 hingga 36 tahun dan tiga lelaki berusia 19 hingga 26 tahun

“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan, pemilik dan pengurus masing-masing berusia 40 dan 48 tahun,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen.

“Lelaki tempatan bersama 19 warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang untuk siasatan lanjut. Pengusaha premis itu disiasat mengikut Seksyen 4, Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana kesalahan menjalanka­n perniagaan tanpa lesen.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun.

“Pengusaha itu akan disiasat mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1985/1963 kerana mengambil pekerja tiada pas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia