Harian Metro

Khabar duka selepas tiga hari mencari

-

Simunjan: Penemuan mayat penangkap ikan yang ditemui terapung di Sungai Lubuk Ngeris di sini, semalam membawa khabar duka kepada keluargany­a selepas tiga hari bertungkus lumus mencari mangsa yang dilaporkan hilang.

Mayat Nazip Abang, 33, ditemui penduduk kampung di sungai itu pada jam 6.50 pagi selepas memulakan pencarian di kawasan itu sejak jam 6 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, penemuan mayat itu dilaporkan kepada bomba pada jam 7.07 pagi sebelum pegawai dan anggota dihantar ke lokasi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui satu kilometer dari lokasi botnya ditemui sebelum diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Simunjan untuk dibedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sejak Selasa lalu selepas bomba menerima maklumat mengenai kehilangan­nya daripada keluarga lelaki terbabit.

“Penduduk kampung yang mengetahui mengenai kehilangan mangsa turut sama menyertai operasi yang dijalankan hingga pagi tadi (semalam).

“Dengan penemuan mayat mangsa, operasi ditamatkan jam 8.30 pagi (semalam),” katanya.

Nazip sebelum ini dilaporkan keluar dari rumahnya bersendiri­an menangkap ikan di sungai itu jam 12 tengah hari Selasa lalu.

Namun, mangsa tidak pulang ke rumah selepas jam 7.30 malam menyebabka­n keluargany­a bimbang sebelum memaklumka­n kehilangan kepada pihak berkuasa.

Keluarga dan penduduk yang keluar mencari pada hari sama menemui botnya tersadai dan pecah di tepi Sungai Lubuk Ngeris.

 ??  ?? MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat.
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia