Harian Metro

Jamin ambil berat

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

 Kerajaan negeri pantau keselamata­n penduduk

Kota Kinabalu: Sabah muncul negeri ketiga menganjurk­an Siri Jelajah Urutan Malaysia dalam usaha memberi pendedahan kepada pengusaha bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan di negeri ini mengenai Urutan Malaysia.

Kerajaan negeri memberi jaminan keselamata­n penduduk yang menetap di kawasan berdekatan tapak projek dan pembinaan akan diberikan keutamaan terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Muda Jalan Pesisir negeri Datuk Julaihi Narawi berkata, pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan kontraktor yang menjalanka­n projek kerajaan tanpa mengambil peduli faktor keselamata­n penduduk di kawasan projek dijalankan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana prihatin dengan aduan penduduk yang diterima sebelum ini.

“Ramai penduduk luar bandar mengemukak­an permintaan itu kepada saya ketika melakukan tinjauan tapak projek, satu daripadany­a ketika lawatan tapak projek pembinaan Jambatan Saribas di Pusa.

“Penduduk meminta kerajaan negeri mengambil berat mengenai keselamata­n mereka ketika pembinaan jambatan itu pada masa depan. Kami sentiasa prihatin dengan kebimbanga­n penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Forum Keselamata­n Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedua 2017 di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah JKR Sarawak, Datuk Zuraimi Sabki.

Berkaitan aduan mengenai pembinaan Jambatan Saribas di Pusa, beliau berkata, penduduk kawasan itu bimbang pelaksanaa­n projek itu boleh membahayak­an mereka yang sering menyeberan­g sungai menggunaka­n feri atau bot untuk ke kampung berhampira­n.

“Penduduk tidak perlu bimbang kerana kami akan memastikan keselamata­n mereka menjadi keutamaan.” katanya.

 ?? FOTO: SANDRA ALBERTZ ?? JULAIHI (kanan) dan Lee (tengah) melawat pameran patung manusia yang digunakan sebagai peralatan keselamata­n di tapak projek.
FOTO: SANDRA ALBERTZ JULAIHI (kanan) dan Lee (tengah) melawat pameran patung manusia yang digunakan sebagai peralatan keselamata­n di tapak projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia