Harian Metro

Anggota APM antara penerima Pingat Bakti Pertahanan Awam

-

“Saya tidak sangka menerima anugerah ini memandangk­an tempoh perkhidmat­an saya baru tujuh tahun,” kata Leftenan Asby Mohd Anwar, 35.

Dia antara penerima Pingat Bakti Pertahanan Awam pada Majlis Penganuger­ahan Pingat dan Pemakaian Pangkat sempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-65 peringkat negeri Sabah 2017, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia berterima kasih dengan penghargaa­an itu yang mengiktira­f kecemerlan­gan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam melaksanak­an tugas memandangk­an bidang tugasnya yang luas dalam membantu masyarakat dalam kesusahan serta ditimpa bencana alam.

“Sejak berkhidmat dengan APM pada 2009, saya sudah terbabit dalam pelbagai misi termasuk Ops Daulat 2013, Ops Kinabalu 2015 dan misi banjir. Semuanya amat mencabar,” katanya selepas menerima pingat disampaika­n Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) APM, Roslan Wahab.

Hadir sama, Pemangku Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud.

Asby yang berasal dari Kampung Jawa, Tawau dan kini bertugas di APM Kota Kinabalu berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah bertugas ketika gempa bumi di Gunung Kinabalu.

“Ketika bertugas semasa insiden penceroboh­an kumpulan bersenjata di Tanduo, Lahad Datu pula, kami mengambil masa hampir empat bulan untuk menyelamat­kan dan berkawal menjaga penduduk kampung di Tanjung Batu, Tanduo,” katanya.

 ??  ?? ASBY
ASBY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia