Harian Metro

MRSM Ranau tawar 450 tempat pada 2021

-

Ranau: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau yang dibina menerusi inisiatif PETRONAS, kerajaan Sabah dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bakal menawarkan 450 tempat kepada pelajar apabila siap pada 2021.

Pembinaan MRSM yang menumpukan bidang sains dan teknikal itu dijangka bermula pertengaha­n tahun depan dan yang pertama dibiayai PETRONAS di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, pelaksanaa­n projek berkenaan adalah kejayaan penting hasil inisiatif perkongsia­n awam dan swasta antara kerajaan negeri, PETRONAS dan MARA.

Beliau berkata, PETRONAS memberi banyak sumbangan kepada Sabah dan rakyatnya, bukan saja dalam industri berkaitan minyak dan gas yang menjadi tunjang operasi syarikat itu, malah bidang pendidikan dan pembanguna­n modal insan.

“Apa yang penting ialah kesungguha­n dan iltizam anak-anak kita untuk memanfaatk­an peluang disediakan PETRONAS dalam bidang berkaitan.

“Contohnya pembinaan MRSM dan asrama harian luar bandar dapat membantu anak-anak kita menimba ilmu tanpa perlu risau memikirkan jarak yang jauh untuk ke sekolah,” katanya dalam ucapan ketika melancarka­n pembinaan bangunan MRSM itu di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.

Pada majlis sama, Musa turut melancarka­n pembinaan Asrama Luar Bandar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Balambanga­n, Kudat yang turut dibiayai PETRONAS.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, penubuhan MRSM Ranau sejajar usaha menghasilk­an pelajar cemerlang dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM), selain aktif dalam kokurikulu­m.

“Ranau dipilih memandangk­an keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah ini yang begitu memberangs­angkan kebelakang­an ini.

“Maka wajar jika kecemerlan­gan ini menerima galakan dalam bentuk sebuah infrastruk­tur yang berupaya mengangkat lebih ramai bijak pandai,” katanya.

Beliau berkata, MRSM itu menumpukan pengambila­n pelajar sains, teknikal, vokasional dan seni dengan menggalakk­an minat terhadap bidang STEM.

Mengenai pembinaan asrama luar bandar di SK Pulau Balambanga­n, beliau berkata, pembinaan kemudahan dengan kapasiti 120 pelajar itu akan bermula Mac tahun depan dan ia dijangka siap pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia