Harian Metro

ANAK ITTIFAQIAH TUNAI UMRAH

15 pelajar, 3 tenaga pengajar pusat tahfiz berlepas ke Makkah

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Biarpun masih bersedih dan trauma dengan tragedi menimpa rakan mereka, 15 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah mengakui sangat teruja dan bersyukur kerana diberi peluang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Seramai 15 pelajar dan tiga tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan bertuah kerana menerima tajaan menunaikan umrah daripada Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Vida memenuhi janjinya untuk membawa pelajar tahfiz berkenaan ke Tanah Suci supaya mereka dapat sedikit sebanyak melupakan trauma dan tekanan berikutan kebakaran di pusat tahfiz itu 14 September lalu yang mengorbank­an 23 nyawa.

Semua mereka ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbanga­n Malaysia Airlines MH151 pada jam 2.45 petang, semalam.

Vida turut berkesempa­tan bertemu dengan semua pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan sebelum berlepas ke Brunei.

Salah seorang pelajar berkenaan, Syamin Che Azmi, 18, menganggap ini adalah rezekinya dan rakan lain untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

Dia mengakui tidak pernah lupa tragedi malang itu yang mengorbank­an rakan-rakanya.

“Bagaimanap­un, kami berusaha untuk meneruskan hidup. Saya bersama rakan-rakan lain memang akan merindui mereka ketika di sana,” katanya yang baru saja sembuh daripada kecederaan apabila tangan kanannya melecur akibat kebakaran itu.

Sementara itu, ibu Syamin, Norizan Omar, 52, berkata, anaknya semakin pulih biarpun pada mulanya sering menangis kerana teringatka­n rakan yang terkorban.

“Syamin rapat dengan arwah Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13, Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, yang maut dalam tragedi berkenaan dan menganggap mereka sebagai adik sendiri,” katanya.

Selain itu, Afiq Zulkafli, 11, berkata, dia tidak sabar untuk berdoa di hadapan Kaabah supaya semua rakan-rakannya yang terkorban dalam tragedi berkenaan ditempatka­n dalam kalangan orang-orang beriman.

“Saya masih teringatka­n mereka dan tidak sabar untuk berdoa banyak-banyak untuk mereka,” katanya.

Selain itu, guru di pusat tahfiz berkenaan, Mohamad Huzaifah Abdul Rahman, 25, berkata, dia bersama dua guru lain merancang untuk mengadakan majlis khatam Quran, tahlil dan doa selamat untuk arwah pelajar yang terkorban dalam kejadian itu ketika berada di Tanah Suci.

Dalam pada itu, Vida ketika ditemui berkata, beliau sepatutnya menemani pelajar tahfiz berkenaan untuk menunaikan umrah, namun disebabkan beberapa kekangan dan masalah, perkara itu tidak dapat dilakukan.

“Saya baru saja pulang dari menunaikan umrah pada Selasa lalu. Saya berharap mereka dapat menunaikan umrah dengan sempurna,” katanya.

Katanya, beliau turut merancang untuk membawa baki empat lagi pelajar pusat tahfiz berkenaan yang masih dirawat di hospital untuk menunaikan umrah pada masa depan.

 ??  ??
 ??  ?? VIDA bersama pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah ketika menghantar mereka bagi menunaikan umrah di KLIA.
VIDA bersama pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah ketika menghantar mereka bagi menunaikan umrah di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia