Harian Metro

MARAHMARAH SAYANG

Enggan ulas sama ada hubungan dengan Kamal Adli kekal atau terlerai

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pelakon Emma Maembong, 25, mengakui kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Kamal Adli sebelum ini dibuat dalam keadaan dirinya marah dan sakit hati.

Kini Emma tidak mahu lagi memberikan komen berlebihan membabitka­n isu hubungan mereka mahupun pihak lain yang cuba dikaitkan dengan dirinya.

Katanya, buat masa sekarang tidak sesuai untuknya bercakap lebih mengenai situasi yang berlaku dan menunggu hingga keadaan kembali reda.

“Ketika ini apa saja perkara yang dikatakan akan menyebabka­n isu berpanjang­an dan banyak implikasi negatif timbul berbanding positif.

“Saya tidak mahu menegaskan atau mengesahka­n hubungan antara saya dan Kamal sudah benar-benar putus sebab kenyataan yang keluar dari mulut saya sebelum ini datang dari situasi saya yang sedang ‘sakit’,” katanya.

Pelakon utama filem Kimchi Untuk Awak itu juga tidak berani untuk mengesahka­n tidak mahu lagi bersama Kamal kerana jodoh adalah ketentuan-Nya.

Huhungan Emma dan Kamal sebelum ini dikatakan bermasalah kerana kehadiran orang ketiga iaitu pasangan Kamal ketika menjayakan drama Duda Pujaan Dara, Zahirah McWilson.

Zahirah dalam kenyataann­ya semalam, menyelar Kamal dan Emma yang didakwa masih lagi memetik namanya dalam kemelut hubungan mereka.

Katanya, dalam kenyataan kepada media sebelum ini, mereka menegaskan masalah antara mereka berdua berjaya diselesaik­an.

Mengulas kenyataan Zahirah, Emma akui benar-benar keliru kerana sebelum ini dalam pertemuan mereka berempat termasuk bersama kekasih Zahirah, Zul Ariffin, mereka menganggap masalah yang timbul sudah selesai.

“Zahirah juga menghubung­i saya jam 3 pagi kelmarin dan mengajak saya untuk bertemu dengan wakil media. Bagaimanap­un saya katakan kepadanya tidak dapat turut serta kerana terikat dengan penggambar­an drama.

“Saya juga tidak menyangka apabila membaca di media, dia memberi kenyataan sedemikian rupa. Begitu juga perbualann­ya bersama Kamal menerusi WhatsApp dimuat naik ke laman sosial miliknya,” katanya.

Emma mengambil pendekatan tidak mahu campur tangan membabitka­n Kamal mahupun Zahirah dan mengakui situasi yang ditimbulka­n itu membuatkan dia bertambah keliru.

Kemelut hubungan Emma dan Kamal juga makin panas apabila Emma dikaitkan dengan ahli perniagaan dari Sabah.

Saya tidak mahu menegaskan atau mengesahka­n hubungan antara saya dan Kamal sudah benar-benar

putus

Emma Maembong

 ??  ??
 ??  ?? KAMAL Adli
KAMAL Adli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia