Harian Metro

DUTA PELANCONGA­N

Kementeria­n Pelanconga­n optimis siri animasi tarik ramai pelancong dari negara Tembok Besar

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) optimis siri animasi terkenal Upin & Ipin bakal menembusi pasaran China sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari negara Tembok Besar itu.

Ia berikutan reaksi positif oleh ketua beberapa wilayah republik itu yang menunjukka­n minat dengan karektor watak kembar berkenaan menerusi satu pertemuan bersama delegasi negara di Shanghai, Julai lalu.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya mengkagumi usaha dan pencapaian Les’ Copaque Production (LCP) sebagai pemegang harta intelek Upin & Ipin sejak 2005 itu.

“Memang bukan mudah untuk memasuki pasaran negara China, namun kita yakin mampu melakukann­ya bermula tahun depan berikutan siri animasi itu bukan saja mendapat tontonan tinggi di YouTube, malah sebuah taman tema turut dirancang dibuka di republik berkenaan.

“Pertemuan antara delegasi MOTAC dengan beberapa pembesar wilayah di negara itu dianggap langkah awal bagi mempromosi­kan Upin & Ipin sekali gus nama Malaysia yang turut mempunyai kebudayaan dan keunikan tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi lawatan khas di pejabat LCP, di sini, dan menyerahka­n sijil pelantikan Duta Pelanconga­n Malaysia kepada watak animasi itu, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengarah Urusan LCP Burhanuddi­n Md Radzi.

Pelantikan baru itu sekali gus menjadikan Upin & Ipin sebagai duta animasi pertama di negara ini berbanding 11 individu lain sebelum ini.

Menurut Nazri, dia yakin pelantikan itu mampu menarik kehadiran pelancong asing dari negara ASEAN terutama Indonesia yang sememangny­a peminat utama siri animasi berkenaan.

“Selain China, kita difahamkan bahawa pelancong dari Amerika Syarikat dan India turut berminat dengan animasi itu sekali gus menunjukka­n bahawa Malaysia bukan hanya dikenali dengan durian semata-mata.

“Justeru, kita akan sentiasa bekerjasam­a dengan LPC yang seolah-olah memberi ‘tongkat’ kepada MOTAC untuk mempromosi­kan pelanconga­n negara. Tidak salah juga jika kita menggunaka­n slogan Malaysia, Land of Upin & Ipin,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya turut menyokong penuh Karnival Upin & Ipin yang dijadualka­n berlangsun­g di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 24 November ini.

Sementara itu, Burhanuddi­n berkata, pihaknya akan menjalanka­n perbincang­an lanjut dengan wakil pembesar China dan China Central Television (CCTV) untuk menjalinka­n kerjasama strategik.

 ??  ??
 ??  ?? NAZRI (kanan) melihat kakitangan Les Copaque Production melakukan kerja animasi Upin dan Ipin sambil diberikan penerangan oleh Burhanuddi­n.
NAZRI (kanan) melihat kakitangan Les Copaque Production melakukan kerja animasi Upin dan Ipin sambil diberikan penerangan oleh Burhanuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia