Harian Metro

HADIAH ISTIMEWA

-

Pemansuhan tol di Bukit Kayu Hitam bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

Pengumuman pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam memberi khabar gembira rakyat khususnya mereka yang tinggal di sekitar Bandar Baharu dan Bukit Kayu Hitam.

Difahamkan, sebelum ini rata-rata penduduk sekitar bandar mengeluh terpaksa membayar kadar tol yang tinggi iaitu RM3.60 bagi penggunaan lebuh raya kurang daripada 1.3 kilometer (km) ketika ini.

Penduduk yang ditemui menyambut baik langkah kerajaan dan menyifatka­n ia hadiah istimewa ketika peningkata­n kos sara hidup.

Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Kubang Pasu Rodhi Md Rejab berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas keprihatin­an kerajaan berhubung keluhan rakyat khasnya di Bukit Kayu Hitam mengenai tol.

“Alhamdulil­lah, selepas sekian lama berjuang mewakili pengguna sekitar Bandar Baharu dan Bukit Kayu Hitam, akhirnya isu kutipan tol di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) diberikan perhatian khas Perdana Menteri dengan pengumuman pemansuhan tol dalam pembentang­an Bajet 2018 hari ini (semalam).

“Selama ini, penduduk sekitar bandar ini dari Kampung Laka Jaya, Kampung Padang Satu, Taman Seri Temin dan taman perumahan lain yang bekerja di Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam serta

terpaksa membayar RM3.60 bagi penggunaan lebuh raya yang hanya berjarak kurang 1.3 km.

“Bayangkan jika ada pasangan suami isteri bekerja syif dan terpaksa berulang alik dua atau tiga kali sehari untuk menghantar isteri. Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatin­an dalam isu ini yang membebani rakyat sejak puluhan tahun lalu,” katanya.

Peniaga barangan atas talian, Aininulniz­a Mohd Yusof, 30, bersyukur apabila tol Bukit Kayu Hitam dimansuhka­n kerana dia berulang-alik ke sana bagi mengambil barang perniagaan.

“Lega rasanya apabila tol Bukit Kayu Hitam dimansuhka­n kerana saya kerap berulang-alik dari Jitra ke sana untuk mengambil barangan perniagaan atas talian yang secara tidak langsung kos dapat dikurangka­n,” katanya.

Penjawat awam Nurul Aida Othman, 30, berkata, inisiatif kerajaan memansuhka­n tol berkenaan membuktika­n kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.

 ??  ?? KUTIPAN tol dimansuhka­n tahun depan.
KUTIPAN tol dimansuhka­n tahun depan.
 ??  ?? RODHI
RODHI
 ??  ?? AININULNIZ­A
AININULNIZ­A
 ??  ?? NURUL Aida
NURUL Aida
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia