Pemain ‘lemau’ faktor Harimau Malaya merudum? SENGAT JUNIOR
persamaan antara Arsene Wenger, Mauricio Pochettino dan Pep Guardiola?
Secara dasarnya, mereka adalah jurulatih yang kini bekerja bersama kelab bola sepak di England tetapi adakah mereka turut memikul tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan England?
Apakah persamaan antara Ulisses Morais, Mehmet Durakovic dan Eduardo Almeida?
Mereka adalah jurulatih yang kini bersama pasukan kelab dan negeri di Malaysia tetapi adakah mereka bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan kita?
Begitu juga dengan Jupp Heynkes, Heiko Herrlich dan Julian Nagelsmann. Mereka jurulatih kelahiran Jerman di Bundesliga dan adakah mereka bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan Jerman?
Bagi Zainal Abidin Hassan, B Sathianathan dan Muhammad Nidzam Adzha pula, mereka adalah jurulatih tempatan yang bekerja di Liga Super Malaysia. Adakah mereka bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan?
Semua jurulatih yang disebut itu hanya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kestabilan komersial kelab masing-masing dengan memastikan pasukan sentiasa berada dalam keadaan kompetitif. Tidak seorang pun jurulatih yang disebut itu dipecat sekiranya pasukan kebangsaan majikan atau mereka sendiri gagal di peringkat antarabangsa.
Jurulatih itu juga diberi sokongan untuk mencari pemain terbaik mewakili kelab masing-masing. Dan dengan itu juga, jurulatih akan memilih pemain terbaik yang sesuai diturunkan.
Pendek kata, kelab serta jurulatih tidak langsung mempunyai tuntutan untuk menyokong kejayaan pasukan kebangsaan. Jika ada kelab yang boleh mengumpulkan pemain terbaik untuk mewakili kelab, maka itulah prinsip serta matlamat kelab berkenaan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah memainkan peranan sebagai kelab dengan projek Harimau Muda. Pelbagai liga disertai pasukan itu tidak kira sama ada di dalam dan luar negara. Ia projek jangka pendek tetapi FAM menganggapnya sebagai projek pembangunan yang akan membuka peluang ke Piala Dunia.
Malah, dengan adanya projek ini maka kita telah menjadikan sasaran pingat emas Sukan SEA sebagai ‘Piala Dunia’ buat Malaysia.
Sementara itu, terdapat Pengarah Teknikal yang datang dan pergi tanpa meninggalkan kesan. Ada juga yang langsung tidak dikenali namanya oleh rakyat Malaysia.
Badan induk bola sepak harus memainkan peranan yang lebih menggalakkan kemajuan pasukan kebangsaan senior.
Sebagai contoh, badan induk bola sepak boleh meletakkan syarat seperti menyekat atau menambah jumlah pemain asing. Badan induk boleh meletakkan syarat yang tidak membenarkan penjaga gol asing mewakili kelab tempatan. Contoh ini sudah terdapat di Malaysia tetapi FAM boleh menjadi lebih inovatif dengan berbagai syarat wajib dipatuhi semua. Tambahan pula, badan induk boleh meletakkan syarat kecergasan sebagai lesen untuk beraksi di liga tempatan. Syarat kecergasan pernah digunakan sedikit masa lalu Cooper Test dan Beep Test. Apakah syarat kecergasan yang menjadi bahan sukat kecergasan pada zaman sekarang?
Badan induk pula boleh meletakkan syarat untuk memperbaharui struktur liga supaya lebih kompetitif yang bakal membantu meningkatkan prestasi serta tahap pemain.
Dan kita pun sampai di persimpangan jalan, untuk maju di peringkat antarabangsa maka bola sepak harus kembali ke pangkal jalan. ‘Back to the basics’.
Perkataan pembangunan sudah sentiasa kedengaran di merata-rata dan ‘akademi’ sudah timbul di setiap ceruk negara tetapi perkataan ‘fitness’ sudah diletakkan di muzium agaknya.
Juara dunia dari Malaysia seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David serta Azizulhasni Awang begitu menyerlah di lapangan antarabangsa kerana mempunyai tahap kecergasan luar biasa untuk bersaing.
Walaupun ranking bola sepak kita berada di tahap 170 tetapi tidak ada sebab atau alasan kenapa kita tidak boleh meningkatkan tahap kecergasan kita.
Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari yakin pemain muda yang akan diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini akan memberi tentangan terbaik.
Dia yang mungkin akan turun pada perlawanan itu juga berharap aksi bertemu Johor DT mampu meningkatkan motivasi dan melonjak keyakinan pemain muda menjelang final Piala Malaysia.
“Sama ada saya beraksi atau tidak, saya harap satu persembahan hebat dipamerkan skuad muda Kedah dalam aksi terakhir di Stadium Darul Aman.
“Ini satu peluang buat mereka dan mereka harus menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan kemampuan.
“Semangat sepasukan yang dibina bersama sejak awal musim hingga kini menampakkan
(gambar)
hasil selepas kami berjaya memulakan saingan dengan kejuaraan Piala Sumbangsih dan disusuli oleh Piala FA, kini berjaya melangkah ke final Piala Malaysia.
“Saya yakin pemain muda yang akan diturunkan malam esok sudah mempunyai suntikan aura semangat yang tinggi dan mampu menggalas tugas dengan berkesan walaupun berdepan lawan hebat.
“Kemampuan yang mereka tunjukkan dalam perlawanan sebelum ini perlu
Keon tuntut pemain muda
Kedah pamer aksi terbaik
mereka teruskan dan buktikan peningkatan dalam perlawanan menentang Johor DT kali ini.
“Namun sebelum itu, kami harus kekal fokus untuk berdepan Johor DT yang pastinya mahu mengekalkan rentak dan reputasi terbaik selaku juara Liga Super,” katanya yang mesra disapa Keon.
Rekod perlawanan antara kedua-dua pasukan sejak 2010 menyaksikan Kedah berjaya menewaskan Johor DT tiga kali, seri lima kali dan tewas lapan kali.