Harian Metro

Rangkumi 3 aspek

-

Salam deko buat semua. Minggu ini minggu terakhir saya menulis berkenaan hiasan dalaman berkonsepk­an shabby chic. Selama tiga minggu berturut-turut sejak awal Oktober lalu, sudah saya jelaskan berkenaan dekorasi ini yang membawa elemen kewanitaan atau feminin sebagai aura penataan. Selain digabungan dengan koleksi perabot vintaj. Konsep ini dipercayai berasal dari Barat iaitu Amerika Syarikat seawal era 80-an.

Jadi untuk minggu terakhir ini saya rumuskan semua ulasan yang sudah dikongsika­n sejak tiga minggu lalu secara lebih ringkas supaya anda lebih memahami. Ciri dekorasi berkonsepk­an shabby chic merangkumi:

1.ELEMEN ANTIK DAN VINTAJ

Perabot digunakan untuk konsep shabby chic kebanyakan perabot yang kelihatan ‘usang,’ dimakan usia atau ada sedikit eleman antik dan vintaj di situ.

2. FABRIK YANG TEPAT

Fabrik kapas dan linen sering digunakan untuk menghias ruang bergaya bagi konsep ini.

Malah fabrik linen antara yang banyak diketengah­kan.

Ia ditampilka­n dalam pelbagai keunikan termasuk pelapik meja, sarung bantal dan langsir.

Anda yang menggemari fabrik dengan motif bunga-bungaan kecil sebenarnya menarik untuk diketengah­kan.

3. WARNA LEMBUT

Shabby shic mencermink­an sentuhan konsep kewanitaan yang begitu relevan dengan pemilihan warna lembut.

Antara yang sinonim adalah putih, merah jambu, krim, dan biru muda.

Tidak bermakna warna lembut lain kurang sesuai dan inilah masanya untuk anda serlahkan kreativiti pada ruang kediaman sendiri.

Warna lembut lain juga sesuai, jangan takut bereksplor­asi dengannya.

 ??  ?? KEBANYAKAN perabot yang kelihatan ‘usang’ namun tampil dengan
sentuhan segar.
KEBANYAKAN perabot yang kelihatan ‘usang’ namun tampil dengan sentuhan segar.
 ??  ?? SHABBY chic mencermink­an sentuhan konsep kewanitaan yang begitu relevan dengan pemilihan warna lembut.
SHABBY chic mencermink­an sentuhan konsep kewanitaan yang begitu relevan dengan pemilihan warna lembut.
 ??  ?? KEMASAN dinding motif flora atau bunga-bungaan seharusnya tidak
diabaikan.
KEMASAN dinding motif flora atau bunga-bungaan seharusnya tidak diabaikan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia