Harian Metro

CARCOSA SERI NEGARA KEKAL GAH

-

Malaysia yang ke-60.

Pengubahsu­aian Carcosa Seri Negara adalah seiring dengan inisiatif global jangka panjang AkzoNobel iaitu perbandara­n insan.

Dipacu komitmen untuk terus berkembang, bersemanga­t dan menjana komuniti bandar serata dunia, usaha berkenaan adalah salah satu kaedah Akzonobel membantu masyarakat setempat menjalin hubungan emosi dengan komuniti serta warisan di dalam negara.

Pengurus Besar AkzoNobel Decorative

Paints Malaysia, Indra Laban berkata, pihaknya teruja untuk turut serta dalam memelihara warisan negara.

“Kami sangat gembira melihat usaha ini kerana memelihara dan meraikan warisan budaya adalah bahagian kritikal dalam bidang pembinaan daya tahan.

“Kita perlu memelihara tempat penting dalam segenap komuniti dan menjadikan peristiwa silam sebahagian daripada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut menyampaik­an penghargaa­n kepada barisan penaja yang menjadi sebahagian daripada program berkenaan iaitu Kordel, Magnolia dan Muzium Warisan Asia.

Selain menaja pembaharua­n bangunan, Dulux turut menganjurk­an peraduan Melukis & Mewarna Dulux bertujuan meningkatk­an kesedaran ibu bapa terhadap kepentinga­n memberikan pendedahan mengenai warna kepada anak-anak.

“Menjadi rakyat

Malaysia yang sebenar ialah menyedari dan mengingati sejarah dan warisan negara. Peristiwa pembentuka­n Malaysia adalah kisah penting kerana ia bukti kewujudan dan penentu pencapaian kita sehingga ke peringkat ini.

Bangunan dapat tajaan untuk terus menawan sebagai sebuah warisan negara

“Sementara kami melihat kanak-kanak sebagai harapan masa hadapan, AkzoNobel turut berharap untuk mendekati dan menjemput golongan ini bagi menzahirka­n imej berkenaan Malaysia pada masa hadapan.

Berdasarka­n kajian yang dijalankan AkzoNobel, warna bukan saja perangsang visual tapi turut membangkit­kan maklum balas hubungan, emosi dan estetik dalam kanak-kanak.

Hasil kajian itu turut membuktika­n warna memberi pengaruh halus terhadap pencapaian pendidikan kanak-kanak.

Pertanding­an bertemakan ‘Malaysia tahun 2027’ itu menawarkan hadiah sebanyak RM8,000 menerusi dua kategori yang dipertandi­ngkan.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi Majlis Warisan Muzium Asia, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.

 ??  ?? DULUX teruja turut terbabit dalam pembaharua­n dan pemelihara­an Carcosa Seri Negara.
DULUX teruja turut terbabit dalam pembaharua­n dan pemelihara­an Carcosa Seri Negara.
 ??  ?? PAMERAN Jalan Merdeka turut menyediaka­n pelbagai aktiviti membabitka­n kanak-kanak bagi menyemai semangat cintakan negara kepada golongan itu.
PAMERAN Jalan Merdeka turut menyediaka­n pelbagai aktiviti membabitka­n kanak-kanak bagi menyemai semangat cintakan negara kepada golongan itu.
 ??  ?? PERTANDING­AN mewarna memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap kepentinga­n warna bagi membantu proses pembelajar­an kanak-kanak.
PERTANDING­AN mewarna memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap kepentinga­n warna bagi membantu proses pembelajar­an kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia