Harian Metro

DATUK SERI LAWAN RANBO

Tiga anggota Rela dakwa dipukul hanya kerana minta alih kenderaan halang laluan

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pengesahan status suspek juga sedang dilakukan”

Mohd Zaid Hassan

Hanya kerana meminta mengalih kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghalang laluan di hadapan sebuah tokong, seorang lelaki yang mengaku dirinya Datuk Seri didakwa memukul tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) kerana tidak menunjukka­n hormat kepadanya.

Kejadian berlaku di sebuah tokong di Ampang di mana satu sambutan diadakan pada pagi Jumaat dan sepasukan anggota Rela bertugas untuk membantu memantau lalu lintas di kawasan itu.

Pengerusi Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjay­a Kehormat Rela berkata, ketika kejadian, tiga anggota Rela itu, Ranbo Lee, 27, Jackie Leong, 21, dan Melvin Cheong, 19, pada mulanya meminta pemandu lelaki itu memindahka­n kenderaann­ya ke tempat lain kerana menghalang laluan.

“Bagaimanap­un, pemandunya mendakwa perlu meminta kebenaran majikannya dan apabila lelaki berusia 28 tahun itu mendapat tahu mengenai hal itu, dia naik angin.

“Satu pertelingk­ahan berlaku selepas lelaki itu menuduh anggota Rela berkenaan tidak menunjukka­n hormat kepadanya.

“Dalam kejadian itu, Ranbo lebam dan bengkak pada mata kirinya, badan Jackie ditendang manakala Melvin dipukul di kepala oleh lelaki itu,” katanya.

Selain itu, katanya, lelaki itu mengugut akan membelasah anggota Rela lain sekiranya penyelia Rela kawasan itu tidak berjumpa dengannya pada hari sama.

Michael berkata, kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) tokong dan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, kelmarin.

“Kenapa melakukan perkara ini, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sedang bertugas? Ini adalah penghinaan terhadap pasukan beruniform kita,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri tiga anggota Rela itu, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superinten­dan Mohd Zaid Hassan yang mengesahka­n laporan daripada tiga mangsa berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti suspek.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pengesahan status suspek juga sedang dilakukan,” katanya.

 ??  ?? JACKIE ditendang dan lebam di belakang badan.
JACKIE ditendang dan lebam di belakang badan.
 ??  ??
 ??  ?? DUA daripada tiga anggota Rela yang mendakwa dipukul lelaki mengaku Datuk Seri. RANBO lebam dan bengkak pada mata kirinya.
DUA daripada tiga anggota Rela yang mendakwa dipukul lelaki mengaku Datuk Seri. RANBO lebam dan bengkak pada mata kirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia