Harian Metro

‘SAYA MAAFKAN’

Ahli Majlis Tertinggi UMNO cedera ditikam anak jiran

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my Sungai Buloh

“Saya maafkan tindakan lelaki itu. Saya menganggap ini suratan takdir.”

Itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan ketika diminta mengulas kejadian malang yang menimpa dirinya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, Sohaimi cedera ditikam anak jirannya dipercayai kurang siuman di depan rumahnya di Taman Moccis, Sungai Buloh.

Beliau terkena tiga tikaman di bahu dan belakang telinga kanan sebelum dihantar ke KPJ Damansara untuk rawatan lanjut.

Sohaimi berkata, dia yang sudah dibenarkan berpindah ke wad biasa semalam berada dalam keadaan stabil.

“Saya sudah stabil dan tidak mahu mengenang kembali kejadian itu. Saya anggap ini suratan takdir dan memaafkan lelaki itu.

“Saya sudah lama mengenali dia dan keluargany­a. Suspek sentiasa menyendiri dan membuat hal sendiri kerana dipercayai mengalami gangguan mental,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia menyerahka­n tindakan lanjut kepada polis untuk siasatan lanjut dan beberapa saksi juga sudah dirakam keterangan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, isterinya, Datin Ruby Arshad, 48, berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan suaminya tidak sempat mengelak menyebabka­n dia terkena tiga tikaman di bahu dan belakang telinga kanan.

Menurutnya, dalam serangan itu, seorang saudaranya turut cedera di muka ketika cuba menepis tikaman lelaki itu.

 ??  ?? SOHAIMI cedera di bahu dan belakang telinga kanan.
SOHAIMI cedera di bahu dan belakang telinga kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia