Harian Metro

TERBANG JAUH CARI MAKAN

- Junaidi Ladjana

 Dua wanita warga Mongolia, China

disyaki pelacur ditahan polis

Di negara asal, mereka bekerja sebagai peniaga barangan dalam talian dan kakitangan pembersiha­n namun demi mengaut untung, dua wanita warga Mongolia dan China sanggup datang ke negeri ini untuk menawarkan khidmat seks.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka yang berusia 25 dan 27 tahun terbongkar apabila ditahan polis di dua bilik berasingan di sebuah hotel di Jalan Penampang Bypass, di sini, jam 3.30 petang, kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah diketuai Inspektor Hasryman Osman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 22 dan 48 tahun disyaki pelanggan.

“Turut dirampas kotak berisi kondom, cecair pelincir, buku catitan dan wang tunai RM1,400 hasil kegiatan pelacuran.

“Suspek mendapatka­n pelanggan menerusi aplikasi WeChat,” katanya.

Salehhudin berkata, pemeriksaa­n pada pasport suspek mendapati mereka baru beberapa hari masuk ke Malaysia menggunaka­n pas lawatan sosial.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi tujuan persundala­n,” katanya.

 ??  ?? HASRYMAN (kanan) bersama anggota memeriksa barang dirampas daripada wanita warga Mongolia di Jalan Penampang Bypass, kelmarin.
HASRYMAN (kanan) bersama anggota memeriksa barang dirampas daripada wanita warga Mongolia di Jalan Penampang Bypass, kelmarin.
 ??  ?? BEG suspek yang mengandung­i pelbagai barang untuk rangsang seks dirampas dalam Op Noda.
BEG suspek yang mengandung­i pelbagai barang untuk rangsang seks dirampas dalam Op Noda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia