Harian Metro

LEKA KAIT TABUNG MASJID

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Cubaan dua lelaki termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun mencuri duit tabung di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus, di sini, kelmarin bagi mendapatka­n wang mudah terbantut apabila perbuatan mereka disedari penduduk kampung sebelum ditahan.

Kanak-kanak lelaki itu bersama rakan sejenayahn­ya berusia 21 tahun dicekup pada jam 2 pagi ketika asyik mengait duit di dalam tabung menggunaka­n dawai.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kehadiran motosikal Honda EX5 dalam keadaan mencurigak­an di tandas wanita di masjid berkenaan disedari seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada di hadapan kedai bapanya.

Menurutnya, lelaki terbabit bersama beberapa penduduk pergi ke masjid berkenaan untuk membuat inmempunya­i tipan sebelum ternampak dua lelaki sedang mengait duit di dalam tabung menggunaka­n dawai.

“Selepas beberapa minit membuat pemerhatia­n, penduduk kampung bertindak

Dua ‘sahabat’ ditahan selepas penduduk curiga motosikal di tandas

menahan dua suspek yang berada di tempat solat wanita sebelum menemui duit sebanyak RM46 di lipatan kaki seluar salah seorang suspek selepas diperiksa.

“Hasil soal siasat, dua suspek mengaku mencurinya daripada tabung masjid dan suspek juga cuba melarikan diri, namun gagal sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati dua suspek itu positif dadah jenis methamphet­amin dengan suspek berusia 21 tahun rekod jenayah berkaitan kes curi.

Katanya, dua suspek itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

 ??  ??
 ??  ?? DUA suspek yang dicekup selepas mencuri duit tabung di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus.
DUA suspek yang dicekup selepas mencuri duit tabung di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia