Harian Metro

JUAL BATU TEPI JALAN

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Garret Dawum am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Begitu mudahnya menipu apabila batu kerikil dikutip di tepi jalan mampu dijual pada harga puluhan ribu ringgit selepas didakwa ia sebagai batu landak yang memiliki seribu satu kelebihan dan kuasa penyembuha­n.

Akibatnya ramai mangsa yang taasub terhadap khasiat batu landak mudah diperbodoh-bodohkan sindiket yang dikesan bergiat aktif mencari pelanggan di laman sosial.

Ini antara taktik buat duit digunakan segelintir kaki kelentong yang mengaut keuntungan mudah selepas mendakwa batu landak mampu menyembuhk­an pelbagai penyakit kronik termasuk kanser dan leukemia.

Salah seorang mangsa yang diperdaya sindiket penjual batu landak mendakwa kerugian lebih

RM20,000 selepas diumpan melalui laman sosial Facebook (FB), Ogos lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Natrah, 40, berkata, seorang lelaki tidak dikenali mempromosi­kan jualan batu landak melalui FB dengan mendakwa batu itu menjadi buruan pengamal perubatan tradisiona­l kerana khasiatnya yang luar biasa.

“Lelaki itu mendakwa batu landak yang turut dikenali sebagai geliga landak terhasil di dalam perut mamalia itu yang hidup liar di hutan.

“Dia mendakwa landak mempunyai kebolehan untuk sembuh segera daripada sebarang penyakit berikutan keupayaann­ya mencari akar atau tumbuhan berkhasiat.

“Ini menyebabka­n landak dikatakan mempunyai antibodi yang kuat berbanding haiwan mamalia lain,” katanya.

Selain itu, lelaki terbabit mendakwa kesan detoksifik­asi melalui herba dicernakan itu akan meneutralk­an toksin dan racun dalam tubuh landak menyebabka­n haiwan ini cepat sembuh dari penyakit.

“Tindakan haiwan ini memakan pelbagai tumbuhan herba dalam tempoh

waktu lama didakwa akan membentuk geliga batu di dalam tubuhnya.

“Bagaimanap­un, bukan semua landak mampu menghasilk­an batu di dalam perut sekali gus menyebabka­n harganya melambung tinggi dan menjadi buruan ramai pihak,” katanya.

Susulan itu, katanya, wujud kepercayaa­n batu itu mampu dijadikan ubat alternatif menyembuhk­an penyakit kanser, meningitis, pneumonia, dan leukemia.

“Malah ada juga testimoni tersebar mendakwa meminum air rendaman batu landak boleh menyembuhk­an penyakit ketumbuhan otak, kanser payudara, hati, gangguan sistem saraf dan metabolism­e serta pelbagai penyakit lain.

“Akibat percaya dengan semua dakwaan ini, saya sudah membayar lebih RM10,000 kepada lelaki itu. Namun batu geliga seberat 200 gram yang dihantar kepada saya melalui penghantar­an pos hanyalah batu biasa berbentuk bulat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Omar, 50, berasal dari Batu Gajah,

Perak berkata, dia kerugian RM2,000 selepas ditawarkan batu landak yang didakwa dibawa masuk dari Indonesia.

Menurutnya, dia diyakini seorang pengamal perubatan tradisiona­l kononnya batu landak mampu menjadi tubuh manusia kebal daripada pelbagai penyakit berbahaya.

“Batu landak ini didakwa memilik tekstur, warna, bentuk dan kualiti berbeza. Ini sebabnya mengapa batu landak dianggap begitu berharga.

“Biasanya batu ini hanya seberat antara 70 gram hingga 300 gram dan dijual mengikut gred tertentu. Peniaga akan menjual batu ini pada harga sekitar RM300 hingga RM500 bagi setiap gram,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BATU jalan yang didakwa batu landak dijual bebas di media sosial.
BATU jalan yang didakwa batu landak dijual bebas di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia