Harian Metro

‘Saya yakin ramai tertipu’

-

“Saya yakin ramai sudah ditipu sindiket yang menawarkan batu landak. Mangsa biasanya dalam kalangan individu yang mudah termakan pujukan,” kata Ketua Pengarah

Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Menurutnya, dakwaan kewujudan batu atau geliga landak yang berkhasiat untuk menyembuhk­an pelbagai penyakit dibimbangi hanya akan meningkatk­an aktiviti pemburuan haram terhadap haiwan dilindungi itu.

“Secara peribadi saya tidak pernah menemui bukti saintifik batu ini boleh menyembuhk­an pelbagai penyakit berbahaya.

“Wujud pihak yang sengaja menggembar­gemburkan kehebatan batu ini. Soalnya bagaimanak­ah untuk membezakan batu landak atau batu biasa?

“Saya bimbang ramai yang ambil kesempatan menjual batu jalan kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, lesen memburu landak dikeluarka­n oleh pihak PERHILITAN namun ia hanya dibenarkan pada musim tertentu.

“Lesen memburu landak memerlukan fi RM20 untuk seekor dan musim memburu adalah pada 1 Mei hingga 31 Ogos setiap tahun,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini ramai mangsa di Raub, Pahang, diperdaya sekumpulan penjual ubat batu landak yang menjalanka­n kegiatan penipuan menggunaka­n taktik sama.

Mangsa pertama berusia 50-an mengalami kerugian hampir RM35,000 manakala mangsa kedua berumur 70-an lesap RM23,000 apabila dipujuk membeli batu landak itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia