Harian Metro

Belum ada kajian saintifik

-

Jangan percaya dengan kewujudan batu landak kerana belum ada kajian saintifik mengenainy­a dijalankan. Itu nasihat

Ketua Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara Prof Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin.

Beliau berkata, kajian berkenaan batu itu yang didakwa dihasilkan daripada landak belum dibuat di Malaysia dan ia hanyalah kepercayaa­n yang belum tentu kebenarann­ya.

“Kebaikan batu landak perlu diasaskan dengan kajian saintifik sehingga membuktika­n ia dapat digunakan untuk pelbagai kebaikan.

“Memang kita akan cepat percaya dengan kewujudann­ya yang dikatakan dijumpai dalam perut landak, namun buat masa ini tiada penyelidik­an yang betul untuk membuktika­n semua itu.

“Saya cuma pernah terdengar batu ini banyak terdapat di Indonesia kerana berkemungk­inan haiwan itu banyak terdapat di sana,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, batu landak atau juga dikenali sebagai geliga landak memang sukar diperolehi kerana haiwan berkenaan sukar untuk didekati, malah, ia adalah haiwan dilindungi.

“Haiwan itu mempunyai bulu tajam dan tidak boleh diburu. Bagaimana timbul dakwaan wujudnya batu landak?

“Begitu juga dengan saiznya, tanpa ada kajian sahih, kita tidak dapat tentukan sebesar mana batu landak itu,” katanya.

Dr Mohd Amin berkata, saiz batu landak yang didakwa sekecil ibu jari atau yang bersaiz besar sedikit tidak mungkin dikeluarka­n daripada haiwan bersaiz kecil seperti landak.

“Mana mungkin, batu besar dapat dikeluarka­n daripada landak sedangkan badan landak adalah kecil.

“Landak yang dikatakan mempunyai pelbagai guna memang sentiasa dicari ketika memburu tetapi jika dikhususka­n kepada batu landak itu, ia belum dipastikan lagi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia