Harian Metro

CINTA DAM AJI

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Peserta warga emas rela tahan bisa cedera di kaki saksi pertanding­an akhir

Walaupun tiba sebelum cabaran bermula Asid Doya, 79, terpaksa membatalka­n niatnya mengambil bahagian dalam pertanding­an Dam Aji berikutan dua jari kaki kirinya cedera akibat terjatuh motosikal.

Akibat kecederaan dialami, warga emas itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah (HAG) dan menerima 14 jahitan.

Namun kerana minat mendalam terhadap Dam Aji, Asid tetap hadir ke lokasi pertanding­an selepas dirawat.

Asid adalah antara 26 peserta menyertai pertanding­an dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) berlangsun­g di Muzium Warisan dan Sejarah Naning, Simpang Ampat, di sini, semalam.

“Apa nak buat, sudah bukan rezeki. Dapat tengok aksi peserta lain pun cukup untuk kali ini.

“Saya reda dengan insiden yang menimpa diri, ia berlaku tiba-tiba ketika meletak motosikal.

“Ketika sampai semula di sini dari hospital peserta sudah memasuki pusingan kalah mati.

“Jadi saya hanya memerhatik­an saja mereka bertanding sambil menahan bisa akibat kecederaan jari kaki,” katanya.

Pertanding­an itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Latipah Omar. Hadir sama Pengurus Besar PERZIM Datuk Khamis Abas.

Format digunakan pada pertanding­an itu adalah pusingan saringan dan kalah mati. Ia berlangsun­g penuh kemeriahan dengan sorakan pengunjung yang memerhatik­an strategi digunakan peserta bertanding.

Sementara itu, juara Abdul Rashid Mohd Taha, 50, berkata, pertanding­an itu menguji kemahiran pemain mengatur strategi terbaik sama ada menyerang atau bertahan saja.

Dia yang memenangi pertanding­an dengan perbezaan sebiji buah dam berbanding lawannya berkata, penyertaan­nya berbaloi kerana dapat bertanding dengan pemain Dam Aji terbaik di negeri ini.

“Saya cuma memastikan buah lawan tidak membolosi kawasan pertahanan sepanjang 20 minit perlawanan. Walaupun masing-masing berjaya memperoleh­i satu aji, saya cuba memastikan lawan tidak memperoleh buah lain.

“Walaupun Dam Aji nampak mudah pada pandangan kasar, pemain perlu berlatih bagi memperoleh­i strategi terbaik memandangk­an kami memiliki cara tersendiri,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rashid
ABDUL Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia