Harian Metro

AKU JUTAWAN!

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Guru menang RM1 juta SSP BSN September 2017

“Sebelum ini saya hanya tengok orang lain menang di televisyen. Dalam hati bertanya, bila pula giliran kita,” kata guru, Rozila Zainal, 44, yang kini bergelar jutawan selepas memenangi Cabutan Istimewa RM1 juta Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN) bagi September 2017.

Menurutnya, hadiah dimenangi itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk membaiki kehidupan keluarga dan membiayai pendidikan tiga anaknya yang berusia 11 hingga 18 tahun selain ke Makkah menunaikan ibadat haji.

Dia yang berasal dari Kodiang, Kedah dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Pida Tiga, Jitra, menyimpan dengan BSN dari 1994 dan membeli SSP BSN sejak 2002.

“Tujuan utama saya menyimpan di SSP BSN untuk simpanan waktu kecemasan di samping berpeluang untuk memenangi hadiah,” katanya pada Majlis Cabutan SSP BSN di Wisma BSN, di sini, semalam.

Rozila serta dua lagi pemenang bagi bulan berkenaan iaitu Tan Fong Pic, 53, ibu tunggal yang memenangi BMW 330e Sport bagi cabutan bulanan dan Muhammad Farhan Tajudin, 16, memenangi hadiah cabutan remaja kategori khas RM10,000 diraikan BSN.

Turut hadir Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti Datuk Mearia Hamzah.

Pada majlis itu, turut diumumkan Cabutan SSP BSN bagi Oktober 2017, dengan hadiah utama cabutan istimewa RM1 juta dimenangi Tan Man Hua dari Johor manakala Munit Itam Fajar dari Perak memenangi hadiah cabutan bulanan Mercedes C200 dan Muhammad Nasrullah Masrol dari Terengganu memenangi hadiah cabutan remaja kategori khas RM10,000.

Sementara itu, Tan yang menetap di Kepong Baru, di sini, menganggap hadiah dimenangi sebagai ‘anugerah’ yang menggembir­akan buat dirinya dan keluarga memandangk­an kehidupan dilaluinya sangat susah.

“Tuhan beri asalkan kita mencari wang secara halal dan rajin bekerja. Tuhan sayang,” katanya yang mendapatka­n rezeki harian untuk seisi keluarga melalui barang kitar semula yang dicari dan dijualnya.

 ??  ?? TAN membawa pulang kereta BMW 330e Sport.
TAN membawa pulang kereta BMW 330e Sport.
 ??  ?? ROZILA (tengah) menunjukka­n replika cek RM1 juta sambil ditemani suaminya, Ku Mokhtar Ku Baharum (dua dari kanan) bersama tiga anak mereka di Wisma BSN, Jalan Ampang.
ROZILA (tengah) menunjukka­n replika cek RM1 juta sambil ditemani suaminya, Ku Mokhtar Ku Baharum (dua dari kanan) bersama tiga anak mereka di Wisma BSN, Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia